Wednesday, August 1, 2012

daging gulai ibundo

Pagi tadi nampak macam hujan nak turun lebat.  Pagi-pagi subuh angin bertiup kuat sehinggakan sejuknya masuk ke dalam tulang.  Rupa-rupanya hujan tak jadi.  Cuaca seharian ini panas.  Bundo keluar sekejap tengahari tadi sebab ada urusan dan terasa macam tenaga disedut dek panas yang membahang.  Bila ternampak tembikai yang sudah siap terbelah semasa membeli sayur, terus bundo tangkap dua potong besar kerana tak tertahan dengan godaan warnanya dan isinya yang nampak penuh berair.



Petang ini cadangnya mahu memasak daging kari tetapi sedang memotong daging, kepala merancang benda yang lain. Faham-faham sajalah idea orang dapur yang tak mahu terlalu terkongkong dengan cara masakan sedia ada.



Sudahnya jadilah lauk daging yang namapun tak tau nak dipanggil apa. Perasan tak cili tu bewarna ungu?  Benihnya kakak bundo yang bagi.  Bundo tanam di belakang rumah dan elok pula tumbuhnya. Cilinya seperti cili api biasa hanya warnanya purple.  Tapi pedasnya bukan main.  Pedas yang amat.

Okay resepi:
1 kilo daging dipotong cube
3 ulas bawang merah dihiris nipis.
1 ulas bawang putih dihiris nipis.
3 sudu besar pes cili kering
3 biji ubi kentang dibelah
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah*
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kerisik
1 biji kelapa diambil santannya
1 cube stok daging
2  sudu besar air asam jawa
garam




Blender bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan campurkan dengan rempah kari. Gaul rata bersama daging.  Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan rempah briyani dan pes cili. Tumis sehingga masak.  Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
Masukkan santan cair dan masak sehingga kuahnya pekat.  Tambah santan pekat, kentang, kerisik, stok daging. Masukkan air asam apabila kentang sudah empuk.

Mak bundo bagi petua.  Kalau masak kentang, jangan masukkan asam sebelum kentang empuk.  Nanti kentang tu tak empuk-empuk. Bundo selalu ikut petua emak.

Sekian.

ibundo

10 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat berbuka puasa ibundo
memang maveles kari ibundo ni, nak lg daging memang tak tolak ni kalu depan mata
c/p resepi ye bundo tqq

kaklong said...

kak,mano dapek lado kale unggu tu...tak ponah jumpo laaa....aiyooo...

Amie said...

Cili purple tu cantikkan Bundo! Beberapa kali Amie balik kampung, elok je berbuah cili tu kat belakang dapur bonda di kampung, tapi tak tahu pula pedas amat rasanya!
Eh... lupa pulak nak komen masakan Bundo, memang betul Bundo,kadang lain yang dirancang lain yang dimasak, lain pulak jadinya... apa pun gulai bundo tu nampak sodap!

kasihredha said...

saya pun selalu tergoda dengan tembikai yg di jual (dah siap di potong)di gerai tp jalan setiap kalinbalik dari kerja.

Bestnya gulai tu bonda

Unknown said...

masakan Bundo mmg kelas gitu menggoda jiwa saya ni,tambahan ada cili purple tu dulu saya ada tanam cili ni tapi skrg ni dah mati sbb kurang penjagaan mesti nk tanam lagi ni...

zila norazila said...

sedapnyaaa..ada cili purple lg..cantik:)

cikmanggis said...

mmm satu kelainan ada rempak beriani dan ada rempah kari.Makan dengan nasi berperisa lagi sedap ni kan kak pah..

.oo camtu tipsnya.Selama ni main lebur je patut la ada kala kentangnya lambat empuk.

ijayuji said...

Salam ibundo! salam ramadhan buat ibundo sekeluarga, moga diberi kesihatan yg baik sepanjang ramadhan ni insyaAllah! kita suke daging, pantang nmpk daging ehehe..

Unknown said...

Assalam ibundo..masak kari yang mabeles ni..sedapnya kalau cicah dgn roti jala ni..haha teringat roti jala pula tgk kari bundo ni..hehe

Amie said...

Assalamualaikum Bundo,
datang lagi ni... nak bagitau Amie ambil resepi Udang Garing daun Kesum Bundo yo.... sodap eh... anak-anak suko! Terimakasih banyak-banyak yo bundo... habis dah, tak tinggal kulit, janggut...kepala udang pun diratah juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...