Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, August 8, 2012

Ayam Minang

Kalau ke tanah seberang dan makan di restoren padang, mesti dihidangkan dengan ayam masak padang. Sepupu bundo yang berasal dari daerah minangkabau memberi bundo resepi ayam masak minang ini. Aroma ketika memasak ayam ini memenuhi setiap ruang di dalam rumah.

Realitinya tidak banyak perbezaan di antara masakan kita dengan masakan mereka.  Bahan yang digunakan adalah sama.  Apa yang mereka ada, kita pun ada.




Kalau di restoren padang, ayam yang digunakan bersaiz kecil dan bukannya seperti ayam yang selalu kita beli di pasar. Jadi, untuk masakan ini bundo beli ayam organik yang pastinya bersaiz kecil seakan-akan ayam kampung. Oleh sebab kecil, bundo masak 4 ekor.  Ya.. famili bundo besar. Ada 17 orang termasuk bibik dan dua anak kecil yang sama-sama sibuk di meja makan semasa berbuka.  Itu belum masuk baby yang masih belum boleh menyarap.



Resepi ini adalah untuk 4 ekor ayam. Sila downsizekan mengikut keluarga masing-masing.

4 ekor ayam
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
seketul kunyit (agak-agaklah) *
4 biji bawang besar (sederhana besar)*
6 ulas bawang putih*
8 biji buah keras*
6 biji cili merah* (tambah sekiranya mahu pedas)
12 biji cili api* (tambah sekiranya mahu pedas)
8 batang serai *
2  helai daun kunyit *
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya *
2 biji kelapa di asingkan santan pekat dan santan cair
1 cube stok ayam
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
1/4 cawan minyak untuk menumis




Cara:
Bersihkan ayam daan toskaan airnya.
Blender semua bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender. Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering.
Masukkan ayam.  Biarkan air ayam keluar dan kering.
Masukkan separuh santan cair.  Kemudian masukkan santan pekat garam dan cube ayam.
Masukkan asam gelugur apabila kuah mendidih.
Masak sehingga kuah pekat.
(nota: santan cair guna separuh sahaja)


Sekian.  Sedap dimakan dengan ketupat.


ibundo

12 comments:

Amie said...

17 orang ye Bundo.... tentu riuh rendah! Meriah gitu... dan 4 ekor ayam Minang tu tentu habis licin ye Bundo...

zila norazila said...

salam bundo..rindu masakan minang la,masakan minang dh sebati dgn jiwa saya .sbb bks mak mertua org ming asli..dari padang:)

Bicara Kak Noor said...

salam bundo cayang
best nye keluarga yg ramai tentu tak sunyi rumah bundo kan..
nak ambik resepi bundo ni utk openhouse hari raya ni nak try masakan minang lah pulak boleh kan!!

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

17 family members, ramainya tapi tentu meriah sangat, Saya suka macam ini. Tak pernah makan Ayam minang, tengok bahan-bahan yang guna, macam Ayam rendang pula.

kasihredha said...

17 orang??? ramainya bonda.
Sure meriahkan...saya yg berlima ni pun dah macam apa dah.
Kalau ramai kena le masak banyak kan bunda...saya suka sgt masakan minang ni...sebab dulu setiap balik dari kuliah selalu beli nasi padang(bandung).

Mamasya said...

Salam Bundo.suka tengok gambar masakan bundo kali ni...ala2 kg...menarik sekali...ayam minang tu pun nampak sedap.17 org...pasti meriah waktu berbuka....seronoknya berbuka beramai-ramai...

ijayuji said...

Salam ibundo! dtg malam2 baru free sikit :D mcm kenduri dah tu kan :D seronok gituu, masakan minang biasanya kita pergi kat restoren minang tp tak tahu mana satu masakan minang :D

Rohah said...

meriah sy dengar 17 org tu...
menu tu pun sama meriah , mmg enak je berlaukkan resepi mcm ni...

norhanim md zain said...

Assalamualaikum bundo..meriahnya 17 orang tu..seronok kan.masakan minang menjadi feberat saya..:)

Gee® said...

Ermmmm.... teringat masakam bonda di kampong... seronok berbuka beramai2 kan Bundo... riuh rendah tp bahagia...

mama sara nur said...

assalam bundo
masakan minang memang sedap kan
kena jg pd selera sy

WendyinKK @ Table for 2..... or more said...

Looks like masak lemak cili api, but the ingredients seem different from the usual N9 version.
Frankly, I think I prefer this method more (masak darat, if I'm not mistaken, right?).
Defintely more flavourful with buah keras and daun limau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...