Latheefa's Muslimah Collections

Friday, August 10, 2012

Ayam kari

Dalam rasa tak sehat, sempat juga tambah lagi satu n3.  Tadi lepas zohor, cepat-cepat masak dan cepat-cepat juga snap gambar lauk ni. Lauk ni lauk kari biasa-biasa saja yang semua orang tahu macamana nak buat. Cuma bundo tambah itu sikit ini sikit.  Menu bundo petang ni, nasi lemak pandan. Sambal dah siap. Cuma hasben cakap buatlah sikit lauk yang berkuah.  Bundo suggest kari ayam dan semua orang okay je.  Oleh sebab dah ada kari, cadangnya nak buat sikit roti jala.




Bahan:
1 ekor ayam
santan dari satu biji kelapa 
5 sudu besar rempah kari
1 sudu besar pes cili kering
1 cube stok ayam
3 biji kentang dipotong 4
rempah 4 sekawan secukupnya
daun kari secukupnya
1 sudu besar air asam jawa

Blender:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1cm lengkuas
1 batang serai
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya.


Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan blender, daun kari dan rempah 4 sekawan sehingga wangi.
Masukkan rempah kari. Tumis sehingga garing.
Masukkan ayam.  Tunggu sehingga air ayam keluar dan kering baru masukkan santan.
Apabila ayam hampir empuk, masukkan kentang.
Tambah air asam bila kentang empuk.
Jangan lupa garam. Dan masak sehingga kuah pekat.




 Sekian.  Selamat berbuka.


ibundo

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bonda salam...... dah nak raya..dah banyak buat biskut???

zila norazila said...

bundo ..smalam baru kita msk kari ayam..mkn dgn roti canai jew..:)mesti sedap kari bundo tue..:)

Shiela said...

Assalam bundo.. sedapnyer nampak kari ayam tu. gambarnya pun cantek..

kasihredha said...

cantiknya gambar bonda ni...suka saya tengok..
rasa macam nak ceduk je sikit kari tu :)

kasihredha said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...