Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, August 12, 2012

Biskut Nestum Coffee Nut

Tergoda dengan Ika yang mengatakan biskut ini teramatlah sedap, maka bundo pun mengambil inisiatif untuk memulakan projek mengukis bundo dengan resepi ini.
Bagi yang nak tahu bagaimana rasanya, silalah cuba sendiri.  Bundo suka sebab ada peanut butter dan nestum.




 Bundo ambil terus resepi dari dapur ika. Terima kasih ye ika sebab menyenangkan kerja bundo hihi..

BISKUT NESTUM COFFE NUT
Resepi Asal : KAK CITARASAWAN
Sumber : QH,

               IKA 
       
Bahan A

  • 200g Mentega
  • 20g Shortening
  • 70g Gula Icing>>
  • 60g Peanut Butter>>yg ni kita guna super chunk :D sedap tergigit kacang2nya
  • 2 sk Coffe Emulco

Bahan B

  • 230g Tepung Rose
  • 40g Tepung Jagung
  • 60g Nestum dikisar halus
Bahan2 Hiasan
  • Coklat masakan>>di cairkan
  • Coklat Urai>>kita salut dgn nestum
Cara-cara :
  • Satukan bahan A dan putar sehingga berkrim. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sehingga menjadi doh atau sehingga mudah di canaikan dan dicetak.
  • Canai dan terap dengan cetak yang di sukai. Susun di dalam dulang pembakar yg telah di griskan atau di alas dgn baking paper. Buat sehingga habis.
  • Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahalu.
  • Bakar pada suhu 150c selama 20-30min bergantung dgn oven masing2.
  • Susun di atas redai dan biarkan sejuk barulah dipaipkan dan di hiaskan dgn coklat urai.





Selamat mengukis semua!!!!

ibundo


5 comments:

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

biscuit ini nampak sedap sekali!

ijayuji said...

Salam ibundo, beskut ni list no 1 nak buat kat rumah mak nanti masa balik mesia hihihi... ibundo guna peanut butter yg biasa tu ke? kita guna super chunk tergigit gigit kacangnya kalau makan ehehe..

ibundo said...

sonia,
memang sedap. You cubalah.

ika,
salam. Yang ada kat rumah ni peanut butter yang biasa. Malas nak keluar bundo pakai je yang tu hehe.

Gee® said...

Salam Bundo, mesti biskut ni rangup kan sbb guna tepung rose... masuk list dulu laa...terguda!

kasihredha said...

biskut cantik...bakul tu pun cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...