Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, August 8, 2012

Tauhu goreng liplap berinti

Salam pagi rabu.  Pejam celik pejam celik dua per tiga ramadhan sedang berlalu. Masa untuk kita  kelebihan ramadhan yang bersisa. Suasana nak menyambut raya pun sudah berbahang.  Sana sini berkumandang lagu idilfitri. Banyak rumah yang sudah berbau dengan kukis yang harum mewangi. Baju, langsir, kerusi meja baru perlu dibeli? Perlukah?.. kita tanyalah diri sendiri.

Tau fu pok goreng berinti ini enak sekali.  Bundo sudah membuatnya berkali-kali. Sedap dimakan begitu saja atau dimakan dengan sambal bercili.



  Nak tahu cara membuatnya, jengahlah ke  SINI.


Cuma kali ini sebelum digoreng bundo golek tahu berinti dalam telur yang telah dipukul dan golekkan pula dalam serbuk roti. Serbuk roti yang bewarna keemasan ini.


Sambal cili?
8 biji cili merah*
1 biji bawang besar (sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
1 tangkai daun ketumbar*
1 sudu besar gula
3 sudu besar sos cili
4 biji limau kasturi diambil jusnya
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 cawan air

Blender bahan yang bertanda *.  Masukkan ke dalam periuk kecil dan campurkan bahan-bahan lain. Jerang sehingga mendidih. Adjust semua rasa.

Sekian.


ibundo


5 comments:

Acik Erna said...

salam kak pah..memang sodap bona nampak e ni..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam bonda.tak ada yang bertukar tahun ni..tak dak modal..huhuhu..sedap taufo tu.

Qhaifa Nur said...

sedapnya makan tauhu cicah sambal..

hazila said...

Salam Bundo,
Saya dah 3 tahun tak tukar langsir, tak nampak keperluan menukar langsir setiap kali menyambut raya.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Saya suka sambal chili ini dengan Daun ketumbar, pasti nak cuba ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...