Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, August 15, 2012

Mihun kuah laksa lemak

Terlebih dahulu bundo nak ucapkan selamat menyambut eidul fitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita dan pastinya kita akan merindui bulan yang penuh dengan barakah ini.  Bundo minta maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang berbloging ini bundo ada menyentuh perasaan sesiapa.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.  Sekiranya tinggal berhampiran dengan rumah bundo di bandar baru bangi, silalah datang ke rumah bundo yang tidak sepertinya ini.




Untuk mengisi n3 bundo kali ini, bundo letakkan resipi mihun kuah laksa lemak yang bundo buat semalam.
Bahan:
Mihun atau mi kuning
10 ekor ikan kembung
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
15 biji cili kering direndam dan direbus*
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji kelapa diambil santan pekat dan cair
3 keping asam keping
2 kuntum bunga kantan
beberapa batang daun kesum

bahan sampingan:
telur
tauge
daun salad dihiris nipis
timun dihiris batang mancis
cili merah dihiris
limau kasturi
sambal belacan



 1. Ikan direbus dan diambil dagingnya. Blender daging ikan menggunakan air rebusan.  Tulang juga dikisar berasingan dan ditapis ambil airnya.
2. Blender bahan yang bertanda*
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender sehingga wangi dan garing.
4. Masukkan ikan yang telah diblender.
5. Tambah santan cair dan masak sehingga mendidih.
6. Tambah santan pekat, daun kesum, bunga lawang, garam dan asam keping.  Bubuh bahan perisa sekiranya mahu.
7. Sekiranya kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
8. Untuk menghidang, sediakan bahan sampingan.  Enak dimakan bersama dengan sambal belacan.




 Sekian hidangan bundo hari ini. Jumpa lagi insyaAllah.


ibundo

9 comments:

Amie said...

Selamat hari raya Bundo. mihun kuah lemak tu nampak menyelerakan sungguh!

CitarasaKu said...

Salam Bundo ...selamat hari raya...hehe sedapnya laksa lemak nie nanti boleh lah prepare untuk raya time orang dah jemu dgn biskut.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Selamat menyambut Hari Raya Bundo..this sound like assam laksa, saya suka!

quinnie said...

selamat hari raya aidilfitri buat rohah sekeluarga...maaf zahir dan batin jua dari saya andai ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita ..:)

kak pah..kalau duk dekat memang saya dtg beraya..hehehe

quinnie said...

* silap nama..hehehhe..kak pah sekeluarga :)

cikmanggis said...

selamat hari raya kak pah.Maaf zahir dan batin.Pastinya meriah kat rumah kakpah kan..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Idil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Mamasya said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Bundo sekeluarga.Maaf Zahir Batin.

Ayu said...

Selamat hari raya buat Bundo & family, maaf zahir batin..halalkan juga recipe2 yang kita ambil dan cuba ya kak..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...