Thursday, June 28, 2012

Sajian laut henti sejenak

Henti sejenak.
Masing2 terintai-intai apa yang bundo masak. Ada yang menarik nafas dalam-dalam menyedut aroma yang memenuhi setiap ruang dapur.

Henti sejenak.
Melihat masakan yang telah sedia masak dalam kuali sambil tangan mencopot seketul udang yang sedang terbongkang berposing maut.  Dan udang bertukar dari tangan ke mulut sambil mata terpejam-pejam tak tahu samaada menikmati kesedapan atau menahan kepanasan udang yang masih berasap-asap.



Ah.. nikmatnya kalau masak dan orang suka apa yang kita masak. Terasa diri seperti seorang genius dalam bidang kedapuran . Ada kau kesah? haha..



Asalnya nak goreng fish filet saja tapi bila dicongak-congak takut pula tak cukup untuk satu famili. Sebabnya bila fish filet tu dibeli nampak besar besar dalam bungkusan.  Tapi bila sampai rumah dan di defrost rupanya yang besar itu hanyalah ketulan ais. Isinya ciput dan nipis pula.



So, tukar ke plan B. Selongkar peti ais, ada udang dan sotong.
Semasa membersihkan udang, bibik bertanya; nak masak apa ni buk.
Bundo cakap, projek.. hehe.
Bundo suruh bibik pergi belakang dapur ambil daun limau purut, ambil daun kunyit.
Serai mana? bundo tanya bibik
Serai habis buk.  Haritu buat masak ayam.
Kat belakang?
Kan dah lama tak ada buk..masa wak robi buat pagar dulu.
Oo ye ke.  Tak per.. tak per.. tak payah serai.



Bundo siapkan;
3 keping fish filet potong cube besar
6 ekor sotong potong gegelang
10 ekor udang besar dibuang kepala dan dibelah belakang
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dicincang kasar
2 ulas bawang merah dicincang kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
8 helai daun limau purut dibuang uratnya dan dikoyak kasar
1 helai daun kunyit muda dihiris kecil
2 tangkai daun ketumbar dipotong kasar
1 sb sos ikan
1 sb sos plum
1 sb kicap masin
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
3 sb sos tomato
1 sb stok ayam pekat maggi (dalam botol)




Kemudian;
Fish filet digaul dengan secubit garam dan secubit kunyit.  Goreng sehingga kekuningan dan bundo letak tepi.
Bundo panaskan minyak sikit.  Tumis bawang merah dan bawang putih cincang sampai naik bau.
Bundo masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Goreng sehingga baunya semerbak.
Masukkan pula semua sos.  Gaul rata.
Bila nampak dah okay, baru bundo masukkan udang. Masak sampai bertukar kemerahan dan masukkan daun ketumbar dan capsicum.
Lepas tu bundo masukkan pula sotong.
Masak sekejap saja sebab tak mahu udang dan sotong tu over-cooked. Sotong tu kalau terlebih masak nanti akan keluarkan air dan jadi keras.
Bila agak-agak dah masak, baru masukkan fish filet yang digoreng tadi dan terus padamkan api.
Gaul rata semuanya.
Siap.



Bila dah siap, bundo berhenti sejenak menenung hasil air tangan bundo hikhik..
Teruslah datang nama...... sajian laut henti sejenak.

Sekian dimaklumkan.

ibundo

11 comments:

ady said...

as-salam IBUNDO
menarik dan npk sedap sajian laut henti sejenak tu ibundo..org kat rumah Ady mmg suka sajian laut macm ni..blh dicuba ni..

Kak Rose said...

Asalamualaikum bundo... nampak sangat kesedapannya sampai terhenti sejenak.... meleleh air liur pepagi gini!

asyifamustaffa said...

henti sejenak!

Waaaaa.....fish fillet tu pun dah ok sdap....tp bila ditambah lagi dgn mcm2nya bhn lagi tu.....mmg lagi up la rasa dia bundo.....hehe....

rahel said...

Salam Bundo...
bila singgah sini asyik terlior je tengok masakan bundo ni..nampak sedap sangatlah menu tu..

zila norazila said...

salam bundo..waallaaa kecurr:)

Chah said...

errr takkan terhenti sejenak punya kalau saya dapat pulun ni bundo..satu lagi hidangan kreatip...suker2... errr beger tahupe eh temtahu kat bawah tu ada lagi tak? tetiba je rasa insap sebab barulah kusadari nk berdiet xsemestinya mencekik oat & ayam rebus je...tahupe eh silap lagi temtahu tu akan jadi penyelamat bangsa kan...hakhakhak

Ayu said...

Assalam bundo,
the last paragraph tu yang orang sini cakap tak boleh angss..(walla)
sambil kucup jari dan terhasillah menu yang sungguh creative!!!
sedap nampaknya tu bundo!!!

Amie said...

Mmmm.... melihat baris demi baris bahan yang digunakan, pelbagai jenis sos yang dicampur, sudah tentu hasilnya enak banget! kalau dah namanya udang....oh!

ibundo said...

ady,
mmm.. bolehlah cuba ady.

rose,
oops.. sorry hehe

asyifa,
3 jenis.. 3 rasa

rahel,
memang makan jilat jari hii..

zila,
hehe

chah,
macamlah ko tu gemuk banget. gerenti boleh pakai kebaya lagi lah ko. Tak macam bundo ni. Kalau pakai kebaya gerenti macam tong minyak. Straight dari atas sampai bawah kahkah..

ayu,
muahh!!! haha

amie,
segala macam sos dipakai. hasilnya tak mengecewakan..

quinnie said...

saya pun suka makan masakan ada letak daun limau purut..sedap terus jadik masakan...hehehhe..tapi skang ni pokok dah tak dek..yg ada pokok baru beli..tapi tinggi dan saiz cam gitu jugak...heheheh

Agen Resmi Balikpapan said...

nampak sangat sedap kuenya , ijin copy resepnya !! Jelly Gamat Luxor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...