Tuesday, February 28, 2012

Kimchi

Assalamualaikum..
Bila dah berhenti, susah nak mula semula. Lagipun dah seronok makan tanggung dan melenggang kangkung ke tempat makan. Realitinya, seminggu di korea, kami paling banyak diberi masakan yang direbus-rebus sehinggakan terbawa-bawa apabila balik ke tanah air kerana merasakan cara masakan begitu adalah paling dan teramat sehat. Jadi, belum ada masakan yang meliurkan dan menggiurkan yang mahu dipersembahkan di sini.




Kimchi


Kimci adalah satu makanan yang perlu dan mesti ada. Setiap kali lunch, setiap kali dinner, mesti ada kimci. Dulu aku tidak tahu pun kewujudan kimci kerana aku bukanlah peminat fanatik drama korea.  Juga bukan peminat fanatik hero dan heroin korea. Jadi, apa saja yang berkaitan dengan korea, aku kurang arif. Sehinggalah kami dibawa ke school of kimchi di seoul dimana kami terutamanya aku diperkenalkan dengan kimchi dan cara-cara membuatnya.




Apa sebenarnya kimchi ni.  Kepada yang kurang tahu seperti aku, ia hanyalah kubis cina yang dijeruk menggunakan special paste.


 Bahan A
1 biji kubis cina yang besar
Air secukupnya untuk merendam kubis
1/4 cawan garam kasar

Kubis dibelah dua memanjang. Kemudian kubis yang telah dibelah itu dibelah tiga pula.
Masukkan garam kedalam air dan kacau sehingga garam larut.  Masukkan kubis.  Biar habis terendam. Balik-balikkan setiap satu jam.  Rendam selama 4 atau 5 jam.  Kubis itu akan menjadi layu.



Bahan B.
6 ulas bawang putih didadu halus
2 inci halia, ditumbuk halus
1/4 cawan fish sauce
1/3 cawan pes cili kering atau 1/2 cawan serbuk cili
1 tangkai daun bawang, dipotong kira-kira 1 inci panjang
1 batang radish di parut halus
1 tsp gula atau honey
2 tbs bijan

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Ketepikan.
2. Keluarkan kubis yang direndam tadi. Cuci bersih setiap helai kelopak. Keringkan airnya.
3. Dengan menggunakan sarung tangan plastik, sapukan setiap helai kelopak dengan pes yang telah disediakan.
4.  Untuk mengemaskannya, Tinggalkan kelopak yang paling bawah. Kelopak yang lain yang telah disapu dengan pes tadi, dilipat dua.  Kemudian kelopak paling bawah yang ditinggalkan tadi, dibelit keliling kelopak yang telah dilipat.


Masukkan kimchi ke dalam bekas dan dibiarkan di dalam room temperature selama satu atau dua hari. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam peti ais. Kimchi sedap dimakan apabila diperap lebih kurang 3 minggu. Caranya?  Potong saja dan makan dengan nasi atau sup sayuran.  Boleh juga dibuat nasi goreng kimchi kalau suka.




Nak tahu rasanya?  Cubalah buat.

ibundo

9 comments:

ejaMaria said...

order buleh?... ^_^

pastu baru la kita try buat nasi goreng kimchi... hihihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Bonda...Korea....kita peminat tegar drama korea dari zaman muda sampai sekarang.Berangan nak ke korea tapi tak sampai2..hukhukhuk...jeles...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Hem....Bonda....ada yang boleh masuk tekak ada yang tak....tapi yang paling saya suka Jap che suon goreng dia orang. Anyway seronokkan jalan2 di sana

cahya indah said...

Bundo..thank you bagi resipi kimchi kat sini. memang best sebab Bundo siap pegi school of kimchi. boleh try lepas ni :)

kaklong said...

kaklong dah biaso tgk kimci ni,sbb oghang cino emang ghoma...tapi mcm goli nak makan..tapi dah akak ajar caro buek ea,nampak sodap lak...hahahahah

Gee® said...

Waaaa....gerenti bundo dh kuyus ni sbb mkn yg rebus2 ajer... tak payah berjogging lah kan...
hehehe...nak rasa kimchi ckit bleh...?

Unknown said...

sedap ker...takut nk cuba

Chah said...

owhh...ber winter sonata rupanya...patutlah sunyi sepi...share la gambar2 lain lagi bundo!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dah lama simpan resepi kimchi ni.. tapi tak terbuat juga... resepi yg sy ada tu ada campurkan dengan sotong mentah yg dijeruk.. tp resepi bundo tulis tu nampak lebih senang... kepingin nak tau rasa kimchi.. tp lom kesempatan nak mencubanya lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...