Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, February 8, 2012

Ayam goreng bunga kantan

Anak-anak dan juga hubby kurang meminati bahagian ayam yang berdaging. Yang laku adalah bahagian yang bertulang, yang sedap dihisap-hisap tulangnya. Bahagian daging terutamanya dada ayam akan tinggal tergolek-golek dalam mangkuk.

Selalunya aku akan ketepikan bahagian ini untuk dibuat perencah mee atau nasi goreng, ataupun dibuat pegedil ataupun apa-apa masakan yang tidak berapa menampakkan 'kedagingan'nya. Pasti laku.

Untuk lauk ini, aku gunakan bahagian dada ayam.


4 ketul dada ayam dihiris kecil memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 inci hali dihiris
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kuntum bunga kantan di potong kasar
2 biji bawang besar dipotong kasar
1 biji kecil capsicum hijau
1 biji kecil capsicum merah



Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila naik bau, masukkan ayam.  Goreng sehingga airnya kering.  Masukkan sos ikan, serbuk kunyit, bunga kantan dan garam.  Gaul. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.

Sekian.


ibundo

7 comments:

Liza said...

salam bundo...Liza xpernah pulak buat ayam grg ngn bunga kantan ni, mst sedap kan..liza suka kalau lauk2 letak bunga kantan ni....sedaaapppp

ibundo said...

liza,
salam. Sebelum ni bundo tak pernah goreng ayam guna bunga kantan. Tapi eh.. sedap juga taruk bunga kantan ni.

Gee® said...

nak jugak ayam bunga kantan...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam bundo..
nampak sedap lauk ni bundo... mesti wangi ada rencah bunga kantan.. pernah juga cuba resepi lauk yg ada hirisan bunga kantan.. tp semua guna ikan.. belum pernah lagi guna ayam.. suami sy pun kurang juga bahagian ayam yg berdaging.. sebab tu sy kdg tu suka lapah sebahagian daging pada dada ayam tu & simpan utk buat rencah mee atau rencah utk inti.. hehehe.. & dada ayam yg dimasak hanya tinggal separuh je dagingnya tak begitu tebal barulah laku... tp sy okay je mana2 part ayam kecuali bahagian drumstick sy paling tak suka.. hihi..

CT Delima said...

As'salam Ibundo

terasa lapar pulak lihat lauk ni, walau ringkas dari Bundo berselera betul. ct tengahari ni masak yang simple petang2 nanti baru nak buat sambal belacan cecah dengan ulam2 jer.

lauk atau apa jua yang ada bunga kantan ni memang sedap dan harum baunya.

hazila said...

Salam,
Kat rumah saya ayam ni boleh katakan kurang sikit. Kalau beli puas fikir nak masak apa bagi berselera sikit.

ibundo said...

gee,
ameklah ..

Madiha,
Sebelum ni tak pernah pakai bunnga kantan tapi bila digoreng dengan ayam hasben kata sedap pada tekak dia.
Tak suka drumstick? Benda tu lah yang menjadi rebutan di rumah bundo ni hii..

ct,
kadang-kadang tak ada ide langsung nak masak apa. Tu yang main reka reka asal jadi lauk.

hazila,
Kat rumah bundo ni ayam menjadik-jadik hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...