Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, February 11, 2012

Ayam Tomyam Masak Hijau

Salam.  Another quick n3 for today.  Malas nak goreng banyak-banyak sebab dah janji nak keluar joging dengan anak. Almaklumlah, lemak-lemak sudah bergayutan satu badan terutamanya di pinggang.  Sampaikan nak pakai seluar pun dah kena up beberapa mata anak tangga saiznya.

Nak kabar jugak, piring untuk isi ayam tu piring antik. Satu-satunya yang tinggal. Seingat bundo,kecik-kecik dulu piring tu dah ada dah.



Berbalik pada masakan.  Lauk ayam tomyam ni wa cakap lu, memang membunuh. Ayoyo ama apa.. sedap sampai tak terkata-kata.  Kalau nak tahu kesedapannya, silalah cuba.

Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santannya.
2 biji bawang besar (kalau saiz bawang besar bubuh sebiji saja) *
3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
2 biji buah keras *
6 biji cili besar  hijau *
6 biji cili api *
1 helai daun kunyit *
5 helai daun limau purut *
2 batang serai dihiris *
1 sudu besar perahan lemon
3 sudu besar pes tomyam

Cara:
Blender semua bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak.  (Bundo gunakan kuali untuk memasak). Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.  Masukkan bahan yang telah diblender.  Goreng sehingga keluar minyak.
Masukkan ayam. Masak sebentar sehingga air berkurangan.  Masukkan santan. Masukkan pes tomyam dan garam secukupnya.
Masak sehingga kuahnya pekat.
 


 Walaaa.. makan dengan nasi pun sedap.  Makan dengan nasi empet pun okay.  Cicah roti pun kaw..

Selamat mencuba.  Den nak pegi joging.


ibundo

7 comments:

Gee® said...

Balik jogging nanti makan ayam tomyam yer... nk join makan boleh?

ibundo said...

gee,
boleh. Janngan lupa bawak pinggan hii.. (siap ada isik)

quinnie said...

hahahha..bahaya ni kak kalau dah sedap sampai tahap membunuh...kekeke....memang tak leh berdiet kalau lauk cam gini...kekeke

saya dah lama tak jogging...:(

Wattie said...

Salam Ibundo,
Ini dia peminat tegar resepi ayam dah mai, kalau sampai membunuh, gerun gak tu.....wajib dicuba, lepaih tu kita leh pi jogging sama sama hahaha

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wah bestnya dapat berjogging..akak ni hangat-hangat tahi ayam..awal tahun berapi azamnya sekarang dah skip banyak. Suka resipi ni

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Ibundooooooo.........


waaaaaaaaaaaaaaaa.......kalu Ayu dapat ni dgn nasi panas2.....mmmmmmmm tak hengat dah jogging2 nih...:)

ibundo said...

Q,hehe..

watie, peminat ayam semua mesti cuba resepi ni.

Paty, seminggu dapat sekali dua jer pun. Untuk keluarkan peluh ni..

Ayu,
Yeeeee... marilah makan sesama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...