Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, March 7, 2012

Sardin lemak cili api

Assalamualaikum.
Begitu lama hilang, muncul muncul bawak lauk sadin je? Haha.. Bundo yang  tergelak ni.
Tapi kan, lauk sadin sedap apa.  Macam-macam gaya kita boleh buat dengan sadin ni. Misalnya lauk sadin masak lemak cili api ni.  Hah, taruk cili segenggam, berkepul-kepul asap keluar tang telinga memasing.

Ini salah satu lauk imegensi.  Kalau dah tak tahu apa nak masak, masaklah sadin. Makan nasi dengan kuahnya pun dah sodap.



Bahan:
2 tin sardin tin kecil
Santan dari sebiji kelapa *
cili api ikut suka hati banyak mana nak bubuh, ditumbuk lumat *
1 batang serai diketuk *
1 keping asam keping
1/2 inci halia diketuk *
1/2 inci lengkus diketuk *
4 helai daun limau purut *
2 biji ubi kentang dibelah 4 *
1 sudu kecil kunyit serbuk *

Cara:
Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam periuk.  Masak sehingga kentang empuk.  Masukkan sardin dan asam keping. Masak lagi sehingga kuah pekat.



Hidang dan makan dengan nasi panas.  Pasti berpeluh punya.

Sekian n3 ringkas dari bundo.  Biar ringkas daripada tak ada langsung, kan?

ibundo

12 comments:

Gee® said...

Bulih gang la kita Bundo...pagi td gee dh masak roti sardin, lunch ni tumpang mkn sadin umah Bundo pulak yooo...

Qasey Honey said...

nmpk pekat kuih lemak tu...
mesti sedap...sblm ni xpenah pula cuba masak cra gini...
bleh la try nti...stok srdin mmg byk kt umh tu...heheh

IZA AKMA said...

Assalam Ibundo,
memang sedap Ibundo lauk sardin...masaklah apa style pun mmg sedap menambah selera..
menggoda pula tengok sardin masak lemak cili api nih...

Nuridah said...

Assalamualaikum bonda,

wah ini fav Nur...suka sardin..biasa nur masak sambal tak pernah msk cili api...pasti meletup2 ni kalau dpt rasa...hehehe.

Aziela said...

Aduhhh...sodap ehh.. Dari minggu lopeh laie anak bujang kek rumah tu dah request.. Konolah buek gak ujung minggu nie... Esok eh, panehkan kuah, cicah ngan cekodok bawang..umang aii..konpem tak bangun2 selagi tak licin...

ibundo said...

Gee,
sadin ni lauk evergreen. Seingat-ingat bundo lah.. kecik2 dulu dah makan sadin dah.

Qasey honey,
apa lagi.. cubalah.

iza,
salam. Orang negori semilan memang tak tinggal ni masak sadin lomak cili api

nuridah,
haha.. ramai pun yang tak penah buat masak lemak cam ni. Apa tunggu lagi. Kalau ada stok sadin tu segerakan lah.

Aziela,
umang ai.. osah sodap e. Masak cam ni pun bundo bolaja dari omak bundo dulu maso bundo kekocik. Tapi omak bundo main lambak yo mo santan ngan cili api. Ni bundo kasi adjust sikit.
Ha.. kok ado belobeh bulehlah panehan cocah mo ghuti. Kok belobeh lah.. Selalu e licin haha..

kaklong said...

hari ni pun kaklong gulai sardin kak,hahahah!

ibundo said...

kaklong,
haha..

cikmanggis said...

jangan lupo goreng telur dadar ya:)

ibundo said...

cik manggis,
sudah semestinya

Diana @ Melley Mey said...

Sardin masak gini diana x perna lg cuba... Nmpk menarik tu... Nak cuba juga nanti..

sHa AhM@d said...

teringin pulak nak makan sardin masak lemak cili api ni..nak try la esok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...