Tuesday, November 22, 2011

Strawberry Yogurt Pudding Cake

Salam.  Dari tempat bundo duduk ni nampak titis titis hujan gugur ke bumi. Pagi-pagi lagi bumi disimbah hujan rahmat. Alhamdulillah. Adik, anak bundo yang ambil spm tidak ada kertas peperiksaan harini.  Bundo tengok dia berlengkar bawah selimut menyambung tidur selepas subuh tadi. Bundo biarkan.

Pagi-pagi sejuk seperti ini sememangnya belum ada mood nak makan puding. Puding yang dibuat petang semalam masih berbaki di dalam peti ais.

Terpesona dengan gambar?  Sebab terpesonalah bundo buat puding ni.  Bundo ambil dari buku Pudding Cake by Jamie Jong. Banyak puding yang nampak cantik-cantik dan menimbulkan keinginan bundo untuk menerai.  Tapi bundo terlupa kalau nak mencuba, buat setengah adunan saja.  Bundo buat satu adunan.  Tu yang tak habis tu.

Bundo letak resepi di sini.


1 mini swiss roll, di hiris 1 cm tebalnya.
300 gm strawberries (bundo beli satu peket.  Adalah dalam 10 biji)

bahan A
3/4 sudu teh serbuk agar-agar
300 ml air

bahan B
14 gm agar-agar
150 gm gula
300 ml air
1000 ml strawbery yogurt drink
150ml fresh cream



-Masak bahan A. Masukkan ke dalam tin pembakar roti atau apa-apa saja mould. Susun swiss roll di atasnya. Biarkan hampir beku.
-Masak bahan B kecuali fresh cream. Apabila masak, biarkan sekejap sehingga panasnya berkurangan.
 -Ambil 350 ml campuran bahan B dan campurkan fresh cream. Gaul rata dan curahkan ke atas swiss roll. Biarkan sehingga hampir beku.
-Susun buah strawberi di atas agar-agar dan curahkan agar-agar yang selebihnya sehingga menutupi strawberi tadi.




Pada gambar yang ada dalam buku itu, buah strawberinya tersusun cantik. Tapi bila bundo letak buah strawberi atas agar-agar bundo ni, dia terbalik lintang pukang hehe..


ibundo

12 comments:

kaklong said...

namapk menarik la kak,kojo ea pun perlukan kesabaran..org yg tak sabar cm kaklong ni,klu tak jadi buleh bongih dibuek ea...
tapi satu hari nanti nk try gak....heheheh!

hazila said...

Salam bundo,
Cantiknya, memang betul kata kaklong tu. Kena org yg sabar je yg rajin buat camni.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam bundo..
mmg cantik menarik.. rasanya pun pasti sedap jugak kan.. air yogurt strawberi tu diminum mcm tu pun dah sedap.. inikan pula digandingkan dlm puding..

Yat Maria said...

K Pah

ni mengancam seluruh jiwa ragu ku...beautiful pudding!

ibundo said...

kaklong,
semalam hati ado agak paneh. Daripaado molayan perasaan baik akak layan puding ni.

hazila,
nak ikut rajin memang tak rajin tapi buat2 rajin hehe

madiha,
rasanya agak boleh tahanlah. Tak adalah sampai menggelupur nak makan kehkeh..

yat,
ala.. ko buat puding lagi mengancam...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo..I like...manis sungguh warnanya pasti semanis rasanya.

kakwan said...

Salam Bundo,, dah laa cantik sedap pulak tuu,, pernah wat sekali tpi x cun cam bundo punya hee hee :)

ibundo said...

ros,
dah baik demam ke. suruhlah laling masakkan sup.

kakwan,
alahai... otai datang jenguk kita. terima kasih kakwan for dropping by..

cahya indah said...

cantik color pudding ni Bundo :)

Unknown said...

memang cantik puding ni kak dan semestinya sedap ni:)

ibundo said...

cahya,
gambar yang dalam buku tu yang buat bundo terpesona juga

nieza,
rasanya, so so... tak adalah sampai termimpi-mimpi hehe

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam ..memang CANTIK pudding kek ni...teringin pula saya nak cuba..saya ambil resipi ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...