Tuesday, August 16, 2011

Bakso

Dulu selalu makan bakso beli di pasar malam. Tapi bila tengok orang yang jual tu ambil mee dan bahan-bahan lain main copot dengan tangan je, bundo jadi geli nak makan.
Bila teragak nak makan bakso, bundo buat sendiri tapi tak jadi sedap macam yang orang kat pasar malam tu buat. Tak ada dia punya umph..
Puas cari resepi bakso yang sedap tapi tak jumpa sehinggalah kawan bundo Tiny bagi resepi bakso yang dia buat.  Yang ni memang sedap dan kena dengan tekak bundo.


Siapa yang tak tahu makan bakso angkat tangan. Dulu bundo tak tahu gak apokobondo bakso ni.  Tapi sejak ada bibik jawa, bukan setakat bakso, cakap jawa pun pandai.

Nak buat bakso ni mesti ada pentol.  Tau tak pentol tu apa?  Orang jawa mesti tau.  Orang negeri semilan belum tentu tau. Orang negeri semilan ni pandai masak lomak cili api je macam bundo ni hikhik..
Pentol tu bebola daging. Kat pasar borong ada jual pentol untuk masak bakso ni.  Tapi janganlah susah-susah pulak pergi pasar borong sebab nak buat bakso.  Boleh je buat sendiri.  Kalau malas dan tak tau buat bebola daging, beli je meatballs yang banyak dijual di giant atau di tesco tu. Kat pasaraya lain pun melambak. Tapi awal-awal bundo bagitau ye.  Rasa meatballs tu tak sama dengan rasa pentol. Pentol lagi sedap.



Sekarang bundo nak letak resepi.  Kalau nak cuba buat, buatlah. Kalau taknak buat, bundo letak gak untuk rujukan anak-anak cucu cicit akan datang.

Bahan:
Mee/mihun
1 kilo tulang rusuk
Pentol  (sukalah banyak mana nak taruk)
2 inci halia
2 inci lengkuas di ketuk
6 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
8 biji sengkuang cina (kalau tak jumpa sengkuang cina janganlah menangis pulak. Ganti je dengan sengkuang biasa 1 biji)
2 bungkus sup bunjut tulang
1 sudu teh lada putih
Rempah 4 sekawan secukupnya
daun sup
daun bawang

bahan sampingan:
kobis dihiris halus
sambal cili api
kicap
sili sos
daun sup dihiris
bawang goreng


-Rebus tulang.  Banyak air boleh agak sendiri.  Masukkan lengkuas yang dititik.
-Blend sengkuang, tuang dalam periuk.
-Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit daun sup/bawang
-Blend bawang besar, bawang putih dan halia
-Di kuali lain, panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang diblend tadi
-Masukkan ke dalam air rebusan
-Masukkan lada putih
-Bila daging empuk masukkan pentol
-Siap!!

Bila nak makan, masukkan mee atau mihun ke dalam mangkuk. Letak hirisan kobis, daun sup, bawang goreng, cili sos, kicap dan cili.  Tuangkan sup ke atasnya. Makan panas-panas.  Boleh berpeluh-peluh ni bila makan.


Meatballs yang bundo beli ni tak berapa sedap. Kurang lembut. Dulu kawan bundo si Tiny bagi bundo pentol 2 kilo, kawan dia buat.  Sedap sungguh.  Lembut je. Walau papepun, kami berbuka bakso hari ni dengan berselera terutamanya si adik. Bakso ni permintaan anak bongsu bundo si adik. Berpeluh-peluh dia makan.

ibundo

17 comments:

anymz said...

ese kalau buek bakso pun guno pentol buek sendiri kak..dulu se ado maid tapi lelaki.dio kojo di kobun tu hah dan cukup mahir di dapur..dio punyo tolur dadar pun cukup2 ummphh..bakso toksah cakaplah.maso se admitted dulu dio yg layan tetamu yg dtg berayo.siap dgn bakso bagai sdgkan se di hosp.semuo org ckp bakso sudin sodap.dio guno daging burger di campur dgn ramuan2 buek sendiri.
mmg sodap lah kak.tapi se belum pernah post lagi resepi bakso di blog.
kalau tgk resepi akak ni sikit lebih kurang yo bahan2 ea tu kak..:)

ibundo said...

anim,
hehe.. ingatkan orang negori semilan taktau makan bakso.
ekau bueklah bakso versi ekau lak nim. buleh terai..
err.. tang tolur tu cakap pelahan sikit.. kehkeh..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ibundo...
wah ada bakso kat cnie.. diana x perna lg buat sndiri... bakso tu nampak sedap ler akak...

che'iza said...

Assalam Ibundo...

Nasib baik dah buka.... Kalau tak ajer meleleh air liur tengok bakso ibundo ni.....

quinnie said...

salam kakpah...saya pun suka makan bakso...tapi tak pernah letak sengkuang dlm kuah dia..boleh dicuba nih..selalu letak dlm kuah laksa atau sup nasi ayam je...satu benda baru nih..boleh dicuba....:)

Deliah's Deli said...

suka,esp kobis potong halus2 tu! :)

ibundo said...

diana,
kalau ada ramai kaum yang nak makan, baik le buat sendiri. kalau nak makan sengsorang jer baik le beli jer haha..

che'iza,
iyo.. berbuko apa semalam

Q,
bila taruk sengkuang tu, takdelah kuah tu cair je. lagipun ada rasa manis2 sengkuang.

del,
ekau makan kobis je lah.. boleh?

Ena said...

tetiba teringat yg dah lama tak pekena bakso.. huhu..

memg nampa umhhhhhh lah bakso ni.. tp nak buat tak terbuat sbb maleh nak cari stok tulang..

izahdaut said...

sedapnya kak pah makan bakso..saya bleh bermangkuk2 jugak la kalau dapat hadap ni...hehe

Gee® said...

adoyaiiiii... tgk sajian bundo ni naik julin mata dibuatnya.... mengancam giler!!

Ayu said...

Assalam kak pah,
nampak sungguh menyelerakan nampak bakso kak pah ni..warnanya aje dah kasi bangkit selera ...belum lagi dimasukkan dalam kuah kita tengok mee, daun sop dan bebola daging tu aje dah dapat imagine kesedapan menu kak pah ni..wooo..

thanks sudi keblog kita yang tak seberapa tu ...sudi2lah selalu ya..kita link blog kak pah juga ya nampak blog kita pun dah ada kat sini..heheh

ady said...

as-salam ibundo
sungguh menyelerakan ibundo mee bakso tu..kalau mkn ni blh bertambah2 ni..

btw: thank u 4 sharing resepi Chicken Vege.. sedap ibundo intinye..tq

Acik Erna said...

kak pah..saya nak bambik resepi bakso ni..saya goma boto makan bakso..tapi tak ponah buel sendiri.
cumo sobolum saya buek bakso..kak pah kono bagi pentol e dulu..he he..

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. terima kasih datang blog ita tak sempat2 jemguk akak lagi ..:) sedap bakso kak ita suka bila la nak buat.. lama betul tak makan.. nanti boleh cuba resepi akak ni..:) cantik2 gambar akak.. ita guna lens biasa je kak nikkor 18-55mm tapi waktu ambil gambar zoom hingga 55mm

ibundo said...

ena,
berbuka apa semalam.

izah,
kpah sekarang ni dah kurang dah. dulu mula2 kenal bakso asek cari bakso je.

gee,
jangan julin gee..

ayu,
kita dah link blog ayu lama dah tapi tak mintak izin pun hehe..

ady,
salam ady. selamat berpuasa dan selamat menyambut raya tak lama lagi.

ita,
tk kerana datang jenguk dapur yang tak glemer ni.
gambar yg ita ambil tu cantik2..

Unknown said...

nk tya..guna bawang besar kh o bwg merah yg d blend bersama bwg putih?

Unknown said...

nk tya..guna bawang besar kh o bwg merah yg d blend bersama bwg putih?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...