Salam.
Setengah bulan telah berlalu. Idea untuk buat perbukaan makin kering. Nampaknya kena rotate dari mula. Nasi lemak dah buat dua kali dah.
Petang ni?
Mintak idea dari imah, macam-macam benda merapu yang dia cakap.
Rasanya nak stick to the second suggestion. Ikan tiga rasa, rendang kerang dan sayur nanti pikir kemudian nak buat apa.
I have a big family as I told so many times. Pastilah kena masak banyak. Everyday is like a kenduri day.
Kalau masak ayam, kena masak 2 ekor.
Kalau masak daging kena masak 1 kilo setengah.
Kalau masak ikan siakap tiga rasa yang nak dibuat petang ni, kena masak 4 ekor.
Tu belum masuk side dish.
Fuuhh.. memang mencanak-canak bajet lari bulan ni.
Tapi seronok bila semua anak-anak dapat berkumpul dan makan sama-sama.
(alamak... tertekan enter dan terus posting. Padahal belum siap)
Yang ini namanya Pratha Sushi. That's what came to my mind.
To those yang berdiet, boleh lah cuba-cuba. Jangan terlalu manja sangat dengan makanan yang sedap-sedap berlemak kan..
Bahan mudah dan mungkin ada dalam peti ais masing-masing.
Roti pratha (I bought jenama kawan)
Nasi secukupnya
Cuka nasi
Udang
Carrot
Timun
Salad
Nori
dash of black pepper and salt
sedikit jus lemon
Goreng tanpa minyak roti pratha dalam pan sehingga masak. Boleh juga kalau nak taruk majerin sikit. Put aside.
Nasi yang tengah panas dilenyek dengan cuka nasi. Banyaknya cuka agak-agaklah.
Carrot diparut kasar. Gaul bersama black pepper, garam dan jus lemon.
Timun dipotong kecil panjang.
Udang dibuang kulit, belah belakang dan celur dengan sedikit garam.
Penyudah:
Bentang roti pratha.
Letak nasi di sudut tepi berhampiran kita.
Letak carrot di atasnya. Kemudian timun dan akhir sekali udang.
Gulung ketat dan sebelum selesai menggulung letakkan sekeping nori dan gulung bersama sehingga nori menutupi roti prata. Sekiranya nori macam tak mahu melekat, sapu sedikit air.
Potong ikut selera.
That's about all. Belum tau bila nak selit n3 baru.
Masak tetap masak tapi nak ambil gambar yang leceh.
Selamat berpuasa, selamat beribadat, selamat masak untuk keluarga dan selamat berbuka di petang nanti.
Salam,
ibundo
8 comments:
Assalamualaikum tuan rumah..
salam kenal ye.. selamat berpuasa...
nampak sushi ni tadi, terus singgah.. dtg dari rumah lemongrass.. anak saya suka sangat makan sushi.. tapi maknya tak pandai wat.. hmmm.. ni nak kena belajar ni.. saya follow ye..
salam Jassnani. ala-ala sushi. Pesen melayu gitu hehe..
Nanti bundo pergi rumah u.
Bundo...sedapnya nampak pratha sushi. Menyelerakan
Assalamualaikum Bundo,
Oghang kalau dah kreatip ni kan.. capai apo pun sumo jadi lauk.. sumo eh sodap..
P/s;
Sebaik la Sham tak tau umah Bundo.
Kut tau alamat umah eh.. sampai dah ni..
Owwww...gud idea la Bundo... nori ada paratha pon ada...nk try buat laah ptg ni... TQ Bundo...
Bundo..mmg la sihat menu bundo ni, tp susah nk buat bg zana. Teringin juga sb anak suka sgt.
wahh uniknye resepi ni..boleh la cube nnt...tq Bundo;)
Alhamdulillah, zana sihat bundo. Cuma takde masa nk blog walking selalu sb masih dirumah mertua.
Hidangan bundo hari ni utk org diet eh? Tak pandai la bab2 sushi ni.....anak zana mmg suka sgt.
Post a Comment