Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, July 6, 2013

Betik Lemak Bertempoyak

Jadi chief chef susah. Lagi susah kalau lebih ramai mandur daripada chef ahakss..
My maid said, masuk je la masterchef buk. Kan ibuk pandai masak macam-macam.
Hah.. iyo lah tu. Easy said than done.
Sedangkan berketuntang dalam dapur ni with unlimited time pun dah berpinau, apa lagi memasak dalam keadaan tertekan.  Gilo kau.

Cooking is not so susah. Yang susahnya mikirkan apa nak masak.
And you have to think about it every now and then.  Breakfast nak masak apa.  Lunch nak masak apa.  Dinner nak masak apa.
Not only that. 
Kang si bapak tak makan pedas nak pikir jugak nak masak apa. Totally different dish.
Anak-anak yang tak makan makanan pelik-pelik nak kena pikir jugak nak masakkan apa untuk diorang. Well, lauk other than telur, ayam, daging, ikan are well considered as makanan pelik macam tak pernah tengok.

So, cooking is not so much memeningkan. What to cook is more mind breaking.
Yang miserablenya bila tanya nak masak apa, nak makan apa you get standard answers.
Masaklah apa-apa.  Tak kesahlah.
And when you come up with something 'weird' on the table, mulalah kuis-kuis mendaalah tu and masing-masing masuk dapur goreng telur mata kerbau.
Haha..






Dish ni nampak pelik.
Kena rasa dulu baru tahu yang pelik itu indah.
I am a tempoyak lover. Hantu tempoyak. Wherever I go the ghost tags along hiii...
Cubalah.
Yang makan lauk ni cuma beberapa orang saja sebab yang lain cuma cuit-cuit.
Masak sebiji tahan dua hari haha.. Muka siapa yang padan, tak tau lah.

1 biji betik mengkal
10 ekor udang
1 senduk tempoyak (you can put more if u wish)
1 kotak santan pekat
3 cawan air
10 biji cili api *
sedikit kunyit hidup (agak-agak)*
1 cm halia *
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih diketuk
2 batang serai diketuk
1cm  lengkuas diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 keping asam gelugur




Bahan bertanda* diblender halus.
Betik dihiris nipis. (Betik mengkal adalah betik yang baru nak masak. Masih keras)
Masukkan bahan kisar, lengkuas, serai, bawang putih , santan dan air ke dalam kuali. For this dish, I prefer to cook in a wok. Easy to stir.
Biarkan mendidih then you add in udang and chicken stock ganules.
Bila mendidih sekali lagi, masukkan betik dan tempoyak.
Rasakan asam dan garam.



The gravy is thick. If it is too thick, you just add in water until you get the consistency to your liking.
Sekian.  Enjoy this 'weird' dish...


ibundo

5 comments:

Cida de' Nuanza said...

lemak? tempoyak?
mmg mantopp arrr

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...waduh...ya ampun..memang menyelerakan....

Amie said...

Bagi semangkuk kat saya Bundo... saya tak cuit-cuit ;agi dah... hirup terus!

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu bobda

betik masak lemak tempoyak....nampak sedap tambah ada udang. belum pernah masak gini.
betul tu bonda....pening nak fikir apa nak masak setiap hari dan nak sesuaikan dg selera ahli keluarga.

Gee® said...

Pestime tengok menu gini... gerenti best ni kalau air tgn Bundo kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...