Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, October 14, 2012

Apam bunga

Salam hari ahad. Semuga ceria selalu.

Sudah dua kali buat apam ni.  Resepi berasal dari biras yang ada meniaga apam ni sikit-sikit di ayer molek. Bukan dia yang meniaga sebenarnya pun.  Cuma hantar satu dua adunan ke gerai kawannya yang menjual kue muih.

Kali pertama buat apam ni tak tersengih sikit pun.  Padahal yang dibuat biras ni elok je tersenyum
lebar sampai tiga empat kelopak.  Bundo punya? Alahai.. memang malu nak cakap.  Tapi rasa memang sedap.





Oleh kerana tak puas hati sebab kegagalan kali pertama, bundo cuba lagi sekali.  Bundo tanya Jali, biras bundo itu apasal apam bundo tidak tersengih. Dia tanya sama ada bundo rehatkan adonan tu setengah jam ke tidak.  Bundo cakap bundo terlupa. So, kali kedua tu bundo rehatkan adonan selama setengah jam baru dimasukkan ke dalam cup dan kukus.
Tak menjadi juga. Adalah sebiji dua yang terbelah manja.  Tapi rasa memang maintain sedap.
Lepas gagal kali kedua tu bundo dah malas nak buat. Lama tak buat. 




Semalam bundo ke rumah Jali di Melaka kerana menziarahi adik ipar, suaminya yang baru keluar hospital. Maka cerita pasal apam ini berulang balik. Setelah mendapat petua daripadanya, rasa untuk mencubanya lagi sekali berkobar-kobar.

Pagi tadi bundo hasilkan apam ini.  Elok cantik berkelopak.  Nak petuanya? Baca sampai habis.



Resepi asal : Jali
Hasil air tangan : ibundo
(Kalau ambil resepi ini tolong linkkan semula ke bundo ye. Kesian pada si Jali ni tak dapat kredit nanti.  Dahlah dia takde blog hehe)

3 cawan tepung gandum (ayak)
2 biji telur
1 1/4 cawan gula castor
1 sudu kecil ovelet
1 1/2 cawan aiskrim soda / sprite
1 sudu kecil esen vanila



Cara:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang. 
2. Masukkan ovelet dan esen vanila, putar lagi.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. Kacau rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.  Rehatkan selama setengah jam.
5. Sementara itu, panaskan kukusan.
6. Sudukan adonan ke dalam mangkuk kertas dan kukus lebih kurang lima minit sehingga masak.




Petua:
1. Air kukusan biar betul-betul mendidih baru masukkan adonan untuk dikukus.
2. Alas petutup periuk kukusan dengan good morning towel supaya air tidak menitis ke atas apam.
3. PALING PENTING jangan masukkan cawan apam terlalu memenuhi kukusan sehinggakan tidak ada ruang untuk apam itu bernapas. Cukup masukkan setakat lima atau enam cawan sahaja supaya ruang untuk wap berputar mencukupi . InsyaAllah akan kembang dengan cantik.

Cubalah.

ibundo

12 comments:

Cendana Kasih said...

salam bundo..dah lama jugak saya tak buat apam senyum ni..padahal ramai yang mintak ... atu lagi petua aiskrim soda tu kena yang baru (masih banyak gas) ..kalo anak2 asyik buka tutup botol tu utk minum airnyaa, dan gas pun keluar- apam malas nk senyum...

ibundo said...

CK,
oo ye ke. Kena masukkan dalam petua tu.

Bicara Kak Noor said...

salam Bundo saya pun macam nak buat lagi jugak ni tengok apam Bundo tu senyum riang je jeles jugak,dah baca semua petua tu insyaallah kalau rajin akan ikut semua petua bunda dan tambahan dari CK tu

Gee® said...

waaa... tersengih jer apam Bundo tu...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Bundo,
Nak tanyo soalan OFF-TOPIC ni..
Bundo ado ambik kelas fotografi ko?
Gambar sumo eh cun2 laa..

kasihredha said...

salam
cantikssss nya apam bonda

ibundo said...

Nor,
bundo selalu isi je loyang penuh-penuh sampai bendaalah tu tak boleh benapas. Rupanya tak boleh. patutlah selalu tak kembang.

ibundo said...

Gee,
sama macam tersengih lebarnya bundo ni tengok apam tu tersengih.

Shamsiah,
salam.
Kebanyakan bundo belajar kat internet ni. Banyak cara2 teknik food photography. Kena kontrol iso, apperture, speed, food setting etc..etc.. Cubalah gugel.

kasih redha,
alhamdulillah..

Marsita yahya said...

Salam Bundo....ni kira ok lah senyumnya ni....

umie mia said...

wahhh terima kasih bundo sbb share petua.. sy pernah buat sekali tapi tak senyum dia jd mcm apam polkadot plak.. rasa give up plak.. org kata pakai api besar sy besarkan tp tak gak tersenyum.. nanti sy try petua ni.. trimassss ^_^

Chah said...

Termissed plak edisi apam senyumni... Errr kim salam kt jali yeee... :)

CikMokRe said...

bundo
cemana apam bundo banyak banyak warna ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...