Latheefa's Muslimah Collections

Monday, August 19, 2013

Ayam sesame

Haih... lamanya tak update.
Hope it's still not too late to wish everyone selamat hari raya. Agaknya masih ramai yang sibuk menerima tetamu dan juga memenuhi undangan rumah terbuka.
Ada juga yang bertanya bundo; bila nak buat open house.
Well, I guess age has taken its toll. Dah tak larat.. as simple as that.
Kalau nak datang beraya, you are most welcomed. Masak je apa yang patut kan..




Sebenarnya dah jemu makan ayam tapi bila tengok dada ayam berketul-ketul dalam freezer, got to do something with it. Dada ayam dan bahagian yang berdaging, memang tak laku kalau dibuat gulai. Kenalah kreatif sikit supaya bahagian tu tak nampak boring dan tasteless.
I prefer to buy just thighs or drumsticks rather than the whole chicken tapi mahallah pulak.





Resepi:
(Reduce it to suit your own portion)

5 ketul dada ayam dipotong nipis memanjang
5 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 inci halia dipotong julien
2 sudu besar  bijan di sangrai kekuningan
5 biji cili api dipotong serong
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu besar kicap hitam
1 atau 2 sudu besar jus lemon
sedikit daun bawang dan daun ketumbar dipotong pendek





Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang putih, merah dan halia sehingga naik bau.
Masukkan ayam.  Gaul sekejap sehingga bertukar warna.
Masukkan segala sos dan minyak bijan.
Gaul (ayam mengambil masa yang singkat untuk masak. Jangan overcook).
Masukkan cili api dan jus lemon.
Masukkan separuh potongan daun bawang dan ketumbar. Gaul dan padamkan api.
Letak di dalam piring dan taburkan dengan bijan dan lebihan daun bawang serta ketumbar.




Makan sementara masih panas dengan nasi putih yang berasap.

Sekian. Once again, selamat hari raya.


ibundo

7 comments:

Gee® said...

Slmt Hr Raya Bundo tercinta...

ibundo said...

slmt hari raya gee. Meh la ke rumah

Bbwana adienia said...

salam kak..

em,menariknya ayam sesame tu..Nampak sedap la..selamat hari raya dan maaf zahir batin kak..

ibundo said...

bbwana, selamat hari raya juga diucapkn

ogyep yummy mellow said...

Salam Ibu,

lama x masuk dapur Ibu.. i m drooling over here nengokkan sesame chicken tu.. very tempting tu.. my kids sure suka..

~ Cik Azz ~ said...

Sey skang ni kok nak makan ayam, nak yang goreng kosong camtu yoo kak.. Makan maso paneh..

Jomu pulak nak makan gulai atau ghondang atau sambal ayam.. Tak totolan dah ghaso ehh..

Tapi kok akak bagi ayam yang akak masak ni kek sey, piyok sey tadah an... hehehe..

fuzidss said...

malam ni juga saya cuba ... thank you sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...