Friday, October 5, 2012

Kembung berempah goreng sambal hijau

Kembung.
Perut kembung masuk angin boleh buat semua kerja tak kena. Memulas sana memulas sini. Urghhh!!
Bundo dah serik minum air halia serai. Berhari-hari bundo sakit perut. Bibik kata bundo minum banyak sangat. Mana tak banyak, dahlah air tu pekat, bundo minum satu mug penuh sekali minum . Adei.. tobat.
Sapa ada minyak yuyi, sapu jelah dengan minyak yuyi. Kalau kat indon ada ubat tolak angin.  Bila minum satu peket memang boleh buat angin keluar dari segenap pelosok.

Kembung.
Arghh.. dompet kembung boleh jadi kempes bila beli ikan kembung yang cecah berbelas ringgit satu kilo. Belas ringgit tu.  Zaman bundo bebudak dulu kembung tujuh ploh sen je sekati hehe.
Adei.. amende la aku membebel ni.


Ikan kembung yang ini sudah selamat bundo cilikan. Sampai tersembul bijik mata kembung ni kena cili.
Bundo gunakan cili hijau tapi bila dimasak warna hijaunya dah jadi macam nak kuning-kuning. 

Sebelum merepek lebih panjang mehlah tengok resepi.

5 ekor ikan kembung
rempah perap kembung:
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk bawang putih
garam

bahan sambal:
8 biji cili hijau*
20 biji cili api hijau*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 tangkai daun ketumbar dipotong
1 biji bawang besar dihiris bulat
beberapa biji tomato ceri
1 sudu besar cuka
1 sudu besar jus lemon




- Ikan dibersihkan, dikelar badannya dan dilumur dengan bahan perap. Perap selama 1/2 jam.
- Sementara itu, blender bahan yang bertanda *.
- Goreng ikan dan ketepikan.
- Kurangkan minyak di dalam kuali dan goreng bahan yang diblender sehingga garing.  Masukkan cuka, jus lemon.  Gaul.  Masukkan garam, bawang potong dan daun ketumbar.
- Akhir sekali, masukkan tomato ceri.
- Curahkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
- Siap

Memanglah pedas.  Sambal kan semestinya pedas tapi rasa masam cuka dan lemon menjadikannya pedas-pedas masam dan sedap bila digaul dengan nasi panas.  Cubalah.

ibundo

9 comments:

Qasey Honey said...

slm Bundo..

sedapnye tgk ikan kembung dimasak gitu...boleh btambah nasi dipinggan kalau mkn lauk gini...QH nk amik resepi yer...tq

Ayam said...

salam Bundo.

nampak berselera sekali ..izin kan saya mencuba resepi bundo ye sebab nampak terliur dah. Insyallah jika ada ikan kembung fresh nanti dapatlah merasa ...

zila norazila said...

mesti pedas nie bundo..zila klu yg pedas2 nie mmg hantu..he hehe sedapnya..mmg ikan skrg mahal kan..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Bundo...ni klu dapat mkn ngna nasi panas2,dah tak pandang lauk lain:)

hazila said...

Saya ada saudara yg menjadi nelayan di Kuala Kedah. Harga ikan kembung yang diambil org tengah kadang kala kurang dari RM1 untuk sekilo. Bila sampai kepada pengguna harganya melangit tingginya.

rahel said...

Bundo...Rahel datang bawak nasi putih..nak mintak ikan berempah tu...nampak sangat sedap la..

Qhaifa Nur said...

baru aja smlm makan ikan kembung tapi goreng biasa saja....

ikan kembung ni kalau masak apa pun sedapkan..kan..lebih lagi goreng sambal hijau nih......

ibundo said...

QH,
sila..

Citarasaku,
beruntungnya kalau dapat yang fresh. Mesti sedap. Makan macam tu je dah sedap.

zila,
kalau lidah dah terbiasa dgn yang pedas, mmm.. mesti nak yg pedas jugak.

azatie,
sambal tu gaul2 dalam nasi panas. Adei..

hazila,
tu lah pasal. yang bersusah payah nelayan. Gadai nyawa cari rezki. Orang tengah sedap2 je kaut untung.

rahel,
meh pinggan bundo bagi ikan..

QH,
jangan sampai kembung perut dah hehe..

Mas said...

perhh....ni makan ngan nasi panassss...
memang tak yah dah lauk lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...