Bundo baca petua shiela pasal masak kari ikan terus buatkan bundo teruja sungguh untuk mencuba. Bukan tak selalu masak kari ikan. Selalulah juga tapi ada beberapa petua shiela tu yang bundo tak pernah buat. So, Sabtu haritu bundo pergi cari ikan tenggiri untuk dibuat kari. Bahan lain ada. Cuma perlu ikan saja.
Dahlah terpaksa bercekak dengan budak jaga kaunter tu sebab dekat whiteboard tulis harga lain, bila punch kira harga lain. Tapi akhirnya beli jugaklah.
Sebenarnya apa yang shiela cakap tu bundo main ingat-ingat dalam otak saja. Semasa nak masak, malaslah pulak nak menyelinap masuk dapur shiela lagi. Maka, buat sajalah apa yang teringat.
Lawaknya semasa bundo siapkan rempah tumis. Bundo ambil biji sawi, halba dan jintan halus dan bila campur-campur semuanya anggaran satu sudu besar. Kemudian bundo basuh dan tapis dalam penapis teh. Kejap lepas tu bundo tengok biji sawi bundo mengembang macam jeli. Bundo terus ambil cermin mata nak tengok apasallah pulak biji sawi bundo jadi macam tu. heh heh.. rupanya yang bundo basuh itu biji selasih. Patutlah....
Bundo carilah biji sawi sebab seingat bundo memang ada bundo beli cuma entah mana letaknya. Nasib baik jumpa.
Okay, pasal beras yang digoreng tanpa minyak tu memang bundo tak pernah buat sebelum ini. Tak sabar betul bundo nak tengok resultnya.
Dengan mengikut sebahagian besar petua shiela, (Bundo terlupa nak campur cili kering, terlupa nak bancuh rempah dengan santan, tak pasti samada beras goreng yang dikisar itu dibancuh sama dengan rempah atau tidak. Bundo campur dengan rempah), maka terhasillah kari ikan bundo yang sangat mabeles. Sedap.. walaupun beberapa pantang larang terlanggar.
Dah tu cili hijau yang bundo ingat masih banyak dalam peti ais rupanya dah habis. Tak dapatlah nak bundo patah-patahkan masuk dalam kuah. Yang ada cuma bende yang bundo petik fresh dari belakang dapur.
Hasben makan bertambah-tambah. Anak-anak makan pun kata sedap. Lain kali pasti bundo buat lagi dan ikut betul-betul arahan. Mesti lagi sedap. Yang ini pun bundo hirup-hirup je kuah dia dan cicah dengan roti.
Terima kasih SHIELA.....
ibundo
12 comments:
slm Bundo...
tliur habis tgk kari ikan tenggiri ni...kuahnya pon pekat...QH suka yg mcm ni...sbb pminat kari no.1 ni tau...hehe
Pergh! pekat kuahnya gerenti sedap... tumpang makan sini yer...
huhu..meleleh..mesto sedap ni...
Kelakar lah bundo ni...hi hi...tapi nampak sedap kari ni...boleh cuba ni..anak pun mmg peminat tegar kari
Salam Bundo,
Lama tak beli ikan tenggiri. Selalu buat masak asam pedas.
Selamat malam Bundo... Amie ketawa gelihati bila Bundo kata biji sawi boleh kembang ha ha hahh... lucunya! Memang Amie pun teruja nak cuba masak kari style Sheila yang bubuh beras tumbuk tu, tapi belum buat lagi... tapi dah dengar kata Bundo sedapnya kemain, rasa tak sabarlah pulak nak buatnya..
Oh ya... Bundo, minta izin & halal ye, Amie pinjam resepi ayam panggang rosemary Bundo, tapi dah habis licinlah Bundo... he he he ehh
Assalam Bundo.. terima kasih kembali kerana sudi mencuba.
Tersenyum senyum sorang saya pepagi ni bila baca alkisah kari ikan bundo ni.. Seb baek tak masuk dalam kari lagi biji selaseh tu.. hehee.. nampak sedap bundo kari ni..
Assallamualaikum Bundo..
Hehehee..biji selasih dah jadi biji sawi ye bundo.. Tiba2 teringat adik Naz dulu. kes cam ni jugak lah. Nak rendam bihoon, tapi terendam suhun..banyak la pulak tu yg direndam..hehehee..
Dari cerita bundo ni, macam sedap sgt kari ikan ikut petua shiela ni..
salam semua.
Memang sedap.. cubalah.
Salam bundo.
Nak tinggalkan titipan, selama ni saya ni pengunjung senyapje. Semalam saya dah buat kari ni...sejibik2 ikut resepi ori Shiela.. perghh memang mabeles... sedap sungguh kuah dia. len macam betul..adik lelaki saya berkali2 tanya, bubuh rempah apa la, buh santan ke idak la..macam2 dia tanya sbb katanya kaw2 sedap, berpeluh2 dia makan sampai tiga pinggan.. saya masak ikan merah boh bendi.
Terima kasih kepada bundo dan shiela atas perkongsian resepi ini.
sungguh mabeles...
Salam. Bundo.. Sy suka gambar2 bundo. Improved. I notice sb dr dulu follow diam2.. Tahniah n keep it up.
Wah..blog yg menarik..sgt menarik..tgk gmbr pn dh meleleh air liur..hehe..blog sy tentang kesihatan.
www.esihat.com
Post a Comment