Saturday, October 6, 2012

nasi cendawan claypot

Selamat berhujung minggu. Mahu bersantai-santai saja di rumah? atau ada perancangan berkualiti bersama keluarga. Apa-apa pun bundo doakan semuga kalian bergembira dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Nasi claypot ini bundo buat petang semalam.  Entah apa angin teragak nak buat nasi claypot. Sebenarnya pot ni dah lama benar tersimpan dalam almari tidak digunakan.  Dulu-dulu bundo ada kerajinan juga nak buat selalu tetapi bila terasa leceh nak masak banyak pot sekali gus, tu yang terssimpan tak berusik-usik. Pot bundo ni kecik cukup untuk seorang makan saja.



Bahan (untuk 1 orang):

1/2 pot beras (pot rice cooker)
1 pot air
1 ketul ayam dipotong dua (bahagian yang bertulang)
5 biji cendawan shitake dipotong nipis
1/4 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang kecil dicincang halus
1/2 sudu serbuk stok ayam
1 tangkai daun ketumbar (masukkan akarnya sekali)
1/2 sudu besar tomato puri
1/4 sudu garam (tambah sedikit kalau kurang masin)





Masukkan kesemua bahan ke dalam claypot. Jerang atas api sederhana besar.
Perlahankan api (sangaaaat perlahan)  apabila air kering supaya tidak berkerak di sebelah bawah.
Padamkan api apabila nasi betul-betul masak.  Hidang segera.





Selamat menjamu selera.


ibundo

11 comments:

Acik Erna said...

assalam kak pah..nasi ni makan paneh2 makan pulak dengan kembung goreng berompah tu sodapkan..walaupun nasi ni dah ado ayam e..

ibh_sue said...

Asslmkum ibundo.
Emmm. .sedap. Kena ada periuk clypot tu dl baru boleh try. Selamat berhujung minggu ibundo :D

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Saam bonda.nasi cendawan dan sos tiram ni satu menu wajib kat umah ni tau.Asalnya masak dalam claypot dah lama2 claypot pun pecah so kita hentam dalam rice cooker je.Hubby tetap senyum dan suka...ok la tu kan

Marsita Yahya said...

Salam Bundo...,
sedap nyer nampak nasi claypot ni....
nak buat tak de potnya...
http://my-mintroom.blogspot.com

Rohah said...

menyelerakan kak bila terpandang ayamnya tu..

Unknown said...

salam Bundo..
saya tk pernah buat claypot ni makan main order je dah resepi ni boleh try nnt mesti sedap olahan sendiri kan ...

rahel said...

Uwaaa...banyak sedap ooo...saya belum pernah buat sendiri...pernah mkn tapi kat restoran aje...memang sedap...

izahdaut said...

lama dah tak makan, buat sendiri kena ada pot nya kan,.. huhuu;.. sedap benor nengokkannya tu

Shiela said...

Assalam bundo.. menu peberet klu gi food court ni.. sedappp.. :-)

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Salam kenal. Selalunya order aje kat gerai kalau nak makan nasi claypot ni. Tak pernah lagi cuba masak kat rumah. Lagipun claypot pun tak ade. Kalau dah ada resepi ni, nak juga beli claypot untuk dicuba masak sendiri.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

claypot rice, yum yum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...