Salam buat semua. Terasa macam lama sangat tak masuk sini. Kebetulan bundo cukup cukuplah bizi dua tiga hari ini.
Masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kan? Bundo balik beraya di kampung. Kampung yang telah ditinggalkan sejak sekian lama. Nasib baiklah ada abang dan kakak ipar yang membantu menjaga dan membersikan rumah itu. Kalau tidak, pasti ia akan menerima nasib yang sama seperti rumah rumah lain yang ditinggalkan, dinaiki semak samun sehingga melitupi rumah. Sayang. Banyak memori yang berlegar-legar di situ.
Apabila bundo nyatakan hasrat untuk beraya di kampung pada abah, riak wajahnya menunjukkan rasa seronok. Maklumlah, sejak abah tinggal bersama bundo selama lima tahun ini, belum pernah lagi kami pulang beraya di kampung. Bukan tak pernah balik. Balik. Cuma beraya saja tidak. Ini kerana mengenangkan payahnya berondoh randah membawa semua barang dan peralatan memandangkan kebanyakan peralatan dapur sudah tidak ada lagi.
Balik kali ini abah gunakan peluang untuk berjumpa dengan sahabat dan kaum kerabat yang ada. Alhamdulillah... pagi raya kami di surau sama seperti dulu. Dan selepas solat kami ke pusara arwah mak yang telah pergi meninggalkan kami lima tahun dulu. Alfatihah.. Semuga mak tenang di sebelah sana.
Sebaik pulang dari solat sunat aidil adha, kami menerima berita yang kakngah anak bundo tengah sakit untuk melahirkan bayi keduanya. Rencana kami untuk pulang ke bandar baru bangi selepas solat jumaat terpaksa kami ubah. Dengan secepat kilat kami bersiap-siap dan berkemas-kemas. Bundo terus menuju ke hospital az-zahra manakala hasben bundo, abah dan anak lelaki terus ke masjid berhadapan hospital.
Alhamdulilllah cucu bundo Muhammad Hafizuddin Azani selamat dilahirkan sejurus sebelum berkumandangnya azan solat Jumaat. Asalnya nama yang dipilih oleh kakngah dan suaminya adalah Muhammad Hafizuddin. Azani adalah nama tambahan yang diberi abah. Abah dengan syahdunya telah mengazankan cicitnya sebaik saja mereka datang setelah selesai sembahyang jumaat. Maka abah kata, kalau belum ada nama, bagilah nama Azani.
Begitulah. Bundo bizi lah sekarang. Mana nak jaga kakngah. Mana nak jaga Azani yang agak kuat menangis. Mana nak menyiapkan projek menu yang telah bundo janjikan dengan sebuah majalah. Mana nak siapkan persiapan untuk konvokesyen kindy bundo pada 3 haribulan ni. Urgh!!!! tolong!!!
Jangan tak tau, karipap ni bundo telah siapkan sebelum raya haji lagi. Dah habis pun.
Nak buatnya senang saja. Malah ini adalah karipap malas untuk orang yang malas. Walau apa pun, resultnya amat mengancam.
Bahan:
Inti karipap
Roti pratha.
Cara:
Roti pratha di bahagi 4 bahagian.
Letak inti pada setiap bahagian dan lipat 3 segi.
Letak dalam dulang pembakar. Sapu dengan telur yang telah dikocok. Bakar sehingga kekuningan.
Bundo tak dapat nak tunjukkan cara melipatnya sebab tak ambil gambar. Bundo juga tak dapat nak letak link pada blog yang bundo ambil idea ni dulu sebab bundo dah tak ingat. Rasanya bundo ada buat posting pasal karipap ni tahun dulu. Kalau rajin cubalah cari ya...
Sekian. Semuga sihat dan ceria selalu.
ibundo
12 comments:
dapnyee bundo terliur plak tgkk
sedap nya bundo macam nk ikut je sbb roti prata mmg dah ada ni boleh try esuk lusa
Bundo nak kita tolong????tolong makan...hahaha..konvo kindy kita 11 Nov.Banyak sungguh benda nak buatkan Bundo..penat dan fening.Semuga semuanya berjalan lancar pada 3hb nanti ya.
senangnyerr... ok... amik idea... TQ Bundo... :)
salam bundo sedapnya..kt rumah zila mmg sentiasa ada paratha segera nie..nnt2 leh cuba:)
assalam bundo.. wahh.. idea yang menarek ni bundo.. :)
tahniah bundo dpt cucu... cucu ke berapa ye? karipap tu pun nampak sedap.. takde istilah malas bg org yg buat karipap sebab org rajin je yg sanggup sediakan inti & bahan2 lagi tu.. hehe.. wlaupun bundo guna roti prata.. intinya tetap kena sediakan jugak.. takde yg readymade kan.. hehe.. salam aidiladha buat bundo..
mantoppp
slm Bundo...
nmpk mnarik resepi ni..simple tp sedap..lg 1 kreatipp...bleh la try nti..
Assallamualaikkum Bundo..
Erm..ada cucu yg baru lahir ye.. Alhamdulillah... Makin sibuk nampaknya bundo..
Simple lagi bagus bundo. Lagi cepat siapnya di dapur hidangan cam ni..hehehee..
Sedapnya karipap...nakkk!!
sedapnya....Obat Gagal Ginjal
Post a Comment