Friday, October 19, 2012

Nugget Ayam

Stok di peti ais memang dah banyak yang kurang. Nak pergi kedai, malas. Jadi, jalan short cut adalah membuat nasi goreng ala kadar. Belasah saja apa yang ada.  Asal ada sambal sebagai side dish, dah cukup sangat.

Kelebek dalam freezer terjumpa pula daging ayam hancur satu peket besar. Tiba-tiba pula teragak nak buat nugget untuk dimakan bersama nasi goreng. Cari telur, ada 4 biji.  Cukup.
Selalunya kalau nak makan nugget, kita beli saja yang dah siap. Senang.  Mudah. Bundo pun belum pernah buat nugget sebelum ni. Inilah pertama kali dan resepi pun main hentam keromo mana pikir patut je.  Alhamdulilah  menjadi.



Kalau nak cuba, bundo sertakan resipi budo di sini:

800 gm ayam hancur Ramly
2 biji telur
5 sudu besar penuh tepung jagung
2 sudu besar daun parsley kering
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk stok ayam knorr
1 sudu kecil paprika (kalau tak mahu pedas tak payah bubuh)
1/2 biji bawang besar ditumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 sudu teh garam

untuk salut:
2 biji telur dikocok bersama sedikit air
tepung roti bewarna oren


1. Tumbuk bawang sehingga halus. 
2.  Gaul semua bahan sehingga sebati.
3. Panaskan pengukus. Sediakan pan membakar kek dan sapu dengan sedikit majerin.
4. Masukkan sebahagian adunan ke dalam pan.  Jangan tebal sangat. Kukus sekejap lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan dan apabila agak sejuk terap dengan penerap biskut yang disukai.
6. Celup ke dalam telur yang telah dikocok dan gulingkan ke dalam serbuk roti. Goreng.  Kalau tidak mahu menggoreng kesemuanya, boleh disimpan di dalam freezer.




Kalau rajin, buatlah banyak-banyak.  Boleh buat bekal untuk anak-anak ke sekolah. Buat bekal untuk bapak anak pun boleh.



Cucu bundo masih di hospital.  Pagi tadi buat test darah lagi. Pletlet count dah naik sikit tapi masih di bawah tidak normal. Doktor dah bagi ubat.  Besok buat test darah lagi.  Kesian. Dia yang tak tahu apa-apa macam biasa saja.

Sekian.

ibundo

11 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Bundo,
Sham doakan agar segala urusan cucu Bundo dipermudahkan oleh-Nya.
Speedy recovery..

Gee® said...

Bundo, nak naget 2 ketoi....

Shiela said...

Assalam Bundo.. terbaeklah.. boleh try ni nugget buat sendiri. tq for sharing.

rahel said...

Terasa lapar pulak tengok nugget ayam mu itew bundo...ambo tak tahan..

Qhaifa Nur said...

seronoknya dapat buat sendiri bundo....

Unknown said...

rajinnya ibu..fresh gitu nuget kita kan bu..

Unknown said...

rajinnya ibu..fresh gitu nuget kita kan bu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tgk naget bundo ni terliur la pulak ptg2 gini... kat ofis cuma ada biskut lemak jekk.. sabar jelah..hehehe...

p/s: seronok tgk bundo jenjalan ke vietnam...

cikmanggis said...

cucu kena denggi ke kak pah?semoga cepat sembuh.Rasa cam nak cuba jugak la nugget ni tetapi tak de breadcrumbs pulak.

Mas said...

best homemade nugget..
bila la mas rajin nak buat nie...

ck said...

puas ati kalo boleh sediakan sendiri utk ank2 kan..boleh try ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...