Thursday, February 9, 2012

Daging kicap lada hitam

Mangkuk biru yang bundo letak lauk ni, arwah moyang bundo yang punya.  Umur mangkuk ni tak dapat nak teka berapa puluh tahun. Yang nyata, ia adalah salah satu barang antik yang bundo kutip setiap kali bundo balik ke kampung.  Ada beberapa biji mangkuk ni yang masih bundo boleh selamatkan.

Ada beberapa biji pinggan yang hand-painted.  Abah bundo cakap umur pinggan tu dah lebih seratus tahun. Sebab sayang nak pakai, bundo simpan saja buat hiasan.



Daging ni masaknya simpel saja.  Yang penting, beli daging tempatan yang lembut. Bundo beli daging ni sekilo 25 ringgit.  Semasa membeli, tak ditanya dulu harganya.  Bila dah di kaunter bayaran, baru tahu harganya 25 ringgit.  Mahal kan? Memang harga daging dah naik ke.



 Bahan:
A
500 gm daging dipotong  nipis
1 sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk kasar
2 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar kicap masin cap kipas (kicap lain boleh juga)
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar perahan lemon

B
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 inci halia di hiris halus panjang
1 atau 2 biji bawang besar didadu kasar
1/2 biji capsicum hijau didadu kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
1 biji tomato dibuang biji dan didadu kasar
1 cawan air ( boleh ditambah sekiranya daging belum empuk)
daun bawang dan daun saderi untuk ditabur.



Perap daging bersama bahan A selama 1 jam.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi.
Masukkan daging yang telah diperap bersama bahan perapan.  Masak beberapa ketika sehingga air daging keluar dan berkurangan.  Masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Tambah kicap dan garam kalau perlu.
Setelah daging empuk dan kuahnya pekat, masukkan capsicum, bawang besar dan tomato. Angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun saderi.




Sekian air tangan bundo.

ibundo

7 comments:

cikmanggis said...

cantiknya mangkuk ni kak pah..berkenan warna biru tu mmg kegemaran saya..lauk dalam tu pun class ...bagai cincin dgn permata hehe...cantik sungguh:)

Kak Sam said...

harganya mahal makannya puas kira orait le tu. Suka tengok barang2 antik ni

K.Nor said...

salam k.pah.. cantik mangkuk, kalernya pun sangat menawan.. ermm.. kat ganu ni daging tempatan 20 per kg..

k.pah, nor dah cuba ayam ketumbar, sangat sedap kak.. mekasih share resipi ya.. :)

cahya indah said...

tak nampak macam mangkuk antik pun, Bundo..macam baru. cantik..Cahya minat tengok mangkuk yang cantik2 ni :)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam K.pah.yang ini memang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan...all time favourite

AzeedA said...

lawonye mangkok onyang kakpah.. :)
daging sekrg yg tetel je dpt bwh RM20 sekilo.. lain-lain part mmg xdpt dh rege tu. kdg2 tu beli daging siap masak lg murah. sekian laporan seorang yg kerap kena beli & masak daging ;)

Gee® said...

ramainya yg dh tayang menu daging... hmmmm harus dicuba nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...