Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, February 6, 2013

Stew Ayam

Masakan ayam bundo ni nampak macam kari pun iye.  Macam asam pedas pun iye jugak. Tapi sebenarnya bundo buat stew, terpengaruh dengan stew amie masa pergi melawat ke dapur dia.  Cuma stew bundo ni stew  yang biasa-biasa bundo buat. Biasalah.. resepi campak-campak hantam-sajalah-labu.
Cakap pasal labu, lama dah bundo tak masak guna labu.  Sejak brpp brpp asek berangin. (sejak kebelakangan ini keliling bundo ni penuh dengan hangin).




Oleh sebab tak boleh duduk lama-lama depan lappy ni, bundo terus jelah cakap pasal resepi. Anak-anak bundo kalau nak masak, geledah jelah kat dalam dapur ni.

Bahan:
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar (sederhana besar) didadu besar
2 sudu besar pes cili kering
5 sudu besar tomato  puree
3 biji ubi kentang dibelah 4 setiap satu
1 batang carrot dipotong tebal
1 batang celery dipotong tebal (daunnya diambil)
4 sudu besar kacang peas
800 ml stok ayam (atau 800ml air + satu cube stok ayam)
4 helai daun selasih
1 sudu kecil gula
garam secukupnya





- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan wangi.
- Masukkan pes cili.  Goreng sehingga masak.
- Masukkan ayam. Masak sehingga bertukar warna.
- Tambah tomato puree, ubi kentang, carrot,  dan air stok ayam.
- Apabila mendidih masukkan pula daun selasih dan daun celery.
- Celery dimasukkan bila kuah agak pekat.
- Masukkan pula kacang peas sejurus sebelum api dipadamkan.
- Jangan lupa garam dan sedikit gula.




Kuah ni nampak merah sebab ada pes cili dan tomato puree. Ada rasa pedas-pedas, masam-masam dan manis-manis.





Sekian. Jom makan!!!







12 comments:

ogyep yummy mellow said...

Bundo, stew ni kalau pekena dengan roti... mak mertua lalu, tak perasan..

Acik Erna said...

Sibok boto kak pah yo kamo dah tyak nulih kek sini

ady said...

as-salam sedapnye npk stew ayam tu..sedap mkn dgn roti ni..

hazila said...

Kalau tengok food channel selalu diirang buat stew. nampak sedap.

anymz said...

lamo gilo ese tak nengok sudu garpu tu kak pah oi..Pinjammmm...^__^

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo...rindu...sama la kita . Malam ni Ros pun buat stew ayam hentam dgn roti.Tengah nak post gambar la ni...tapi jalan-jalan dulu kat dapur kawan2 dan jumpa stew pulak..hihihi..

ibundo said...

oym, haha..kecik ati mak metua

Erna, osah boto sibuk e na. Buek n3 ni pun curik2 maso.

Ady, haah.. tapi makan dgn nasi lagi sedap

ibundo said...

hazila, omputih yg gemar buat stew ni kan?

Anim... aruah omak banyak koleksi tombago. Sumo e kakpah hangkut balik sini.

Puan ros, wah.. kebetulan pulak ye

Sury Abil said...

Assalamualaikum...salam ziarah sini...x prnh try lagi stew ni..mengancam je tgok!

Rohah said...

segarnya alur tekak dapat hirup kuahnya...

Marsita yahya said...

bundo...buek ni sonang kan potong2 lempa dalam piuk...tapi maleh yo nak buek eh...

rahel said...

Bundo...kita memang suka mkn stew ayam....meter pun laju...hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...