Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, February 5, 2013

penne sos daging ayam kaw kaw

Penat makan nasi, penat menggulai dan paling penat... mikir apa nak masak.
Hah.. aku hentam bagi korang makan pasta kehkeh.
Adei.. apalah nasib. Baru tiga minggu dapat bibik, lariiiii. Katanya capek.. capek.  Nak capek ke hape.
Pagi bundo masak.  Tengahari bundo masak.  Petang bundo masak. Dia cuma basuh pinggan, lap pinggan, nyapu, mop, sidai kain, angkat kain, lipat kain.  Gosok baju, bundo. Nyapu pun kena suruh.  Mop pun kena suruh. Betul-betul macam paku dengan tukul besi. Sekali pukul, paku masuk. Tak pukul, melekat je lah kat situ.
Heh, tak pasal pasal je bundo membebel kat sini. Mana taknya, hangus 6K macam tu je. Tak hangen?  Sapa-sapa pun hangen. Dan dia lari pun ambil kesempatan masa bundo makan hangin haritu.
Pada sesiapa yang nak ambil maid tu, tanya dulu betul2 nak kerja rumahtangga ke tak.  Kadang-kadang agen dia kat indon tu janji lain.  Sampai sini kena jadi bibik.  Macam maid bundo ni mati-mati dia cakap agen dia janji nak bagi keje kat kilang roti. Eee.. aku jugak yang susah.



Pasta ni namanya penne kan?
Bundo kadang-kadang keliru nak sebut nama.  Bentuknya banyak sangat.  Rasa tak adalah beza sangat pun. Cuma ada yang halus, ada yang tebal, ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang bergerigi, ada yang mengerekot. Ishh.. apa bendalah yang aku merepek ni.



Jomlah tengok apa bahan yang bundo pakai.
1 bungkus penne
400 gm ayam hancur ramli
1 botol sos spageti kimball
1 tin sup tomato kimball
2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin cendawan butang yang sedia dihiris
3 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar  parsley kering
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar



1. Penne direbus el dante
2. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga layu. Masukkan pula pes cili dan masak sehingga cili garing.
3. Tambah daging ayam.  Masak sehingga air ayam kering.
4.  Masukkan sos spageti, sup tomato dan masak sehingga agak pekat.
5. Tambah cendawan, daun persley dan lada hitam.  Jangan lupa garam. Boleh juga tambah sesudu serbuk stok ayam.
6. Masukkan penne dan goreng lagi sehingga bergaul rata.
7. Boleh juga diasingkan kuah dan pasta.  Ikut suka hati mak lah nak buat cara mana pun.



Jom makan!!!!




13 comments:

Gee® said...

Memang kaww!!!! nyam2x

izan mama mia said...

wah pasta..

KY said...

ini memang KY tak pernah makan, nak kena cuba ni...

ady said...

wow..mmg npk kaw2 penne sos daging ayam tu..mseti sedap..

Qhaifa Nur said...

bekfes anak-anak ke sekolah hari ni nur masak pasta juga...

seronok masak pasta ni, macam-macam bole kita buat..tambah itu ini..

norhanim md zain said...

salam bundo...anak dara saya kalau dihidangkan pasta hari hari pun takpa..suka benar dia..by the way sedapnya....:o)

BUNDA a.k.a KN said...

SALAM DARI BUNDA

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik merah terang warna sosnya tu....

Rohah said...

hmmm,menambat selera..

Marsita yahya said...

wadh Italian hari ni Bondo...
Saba ya bundo...dapat maid yang macam tu...

ogyep yummy mellow said...

sesekali makan menu omputih ni,, sedap jugak kan Bundo..

Nooriah Abdullah said...

fav anak2 saya segala penne ke spagh ke dan apa saja pasta mcm nk korek je se garpu yg Ibundo punya ni hee

CT Delima said...

As'salam Ibundo

memang fav pasta2 ni. pernah sekali makan tapi buat sos black paper aje. mengiurkan kuah pasta tu..yummmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...