Saturday, October 20, 2012

Sotong goreng cincaluk

Salam hari Sabtu. Semuga ceria bersama keluarga.

Entah ke berapa kalilah agaknya bundo tayang resepi yang ada bubuh cencaluk.
Pertama sebab stok cencaluk sentiasa ada di rumah bundo.  Setiap kali balik ke kampung hasben di melaka, kami tak akan lupa singgah di rnr ayer keroh untuk  membeli cencaluk dan tak lupa juga belacan.
Kedua sebab cencaluk ini feveret keluarga. Buatlah sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, sambal budu ke, sambal cencaluk juga yang dipandang.
Kalau ada agenda makan-makan menjemput kawan atau saudara mara, hasben bundo akan beriya-iya menyuruh bundo sediakan sambal cencaluk sehinggakan ia menjadi satu dish yang mesti ada semasa majlis makan. Anehnya, hasben bundo yang orang melaka pure, tidak suka makan cencaluk walaupun dia suka tengok orang makan. Katanya bau cencaluk busuk. Haha ada ka!





Sotong goreng basah yang dibubuh cencaluk ini sedap terutamanya bagi mereka yang suka makan cencaluk.Err.. mungkin sedap pada tekak bundo saja dan tidak pada tekak orang lain.  Kalau nak tau sedap ke tidak, marilah cuba.  Jom tengok resepi.




Bahan yang bundo letak ini adalah untuk size keluarga bundo.  Adjustlah.

1 kilo sotong dipotong ikut selera (bundo potong ring)
3 papan petai diambil isi dan dibelah dua. (Penting sangat dibelah dua tu untuk melihat kalau-kalau ada    penunggu petai)
20 biji cili api dikisar halus
1/2 biji lemon diambil jusnya
4 sudu besar cencaluk
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji bawang sederhana besar didadu besar
2 biji cili merah dipotong pendek-pendek
2 tangkai daun bawang dipotong anggaran panjang 1 inci
1 biji tomato besar dibuang biji dan didadu besar
1 biji epal hijau didadu ikut selera (jangan kecil sangat dan jangan besar sangat)




1.Panaskan minyak masak.  Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.  Masukkan cili api. Gaul rata sehingga cili masak.
2. Masukkan cencaluk. Gaul. Masukkan epal hijau dan tambah sedikit air anggaran 4 sudu besar. Biarkan epal hampir empuk.
3. Masukkan sotong, petai, bawang dan jus lemon. Jangan goreng sotong terlalu lama.  Nanti airnya banyak keluar dan sotong akan menjadi keras.
4. Bila sotong masak, masukkan cili merah, tomato dan daun bawang. Padamkan api segera.



Sekian.


ibundo

6 comments:

Acik Erna said...

assalam kak pah..arwah bapak se pun suko cencalok..
yang heran e kan kak pah..anak sulung se ni tak tau mano diambik e..goma bona makan cencalok ngan budu..kok goma tempoyak tak heran doh kan he he

ibundo said...

erna,
haha.. adolah keturunan e tu.
Tang goma kek budu tu kek mano dicokau e tu gak e..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo cencaluk dan budu memang sama-sama bau busuk.Kita tetap pilih budu..hahaha..sebab ambo ore klate.Masak pesyen ni pun nak kena try ni.

Shiela said...

Assalam Bundo.. festaim dengar ni.. boleh cuba jugak.. nampak sedap.

kasihredha said...

tak pernah makan sotong masak dgn cencaluk ni bonda...tp yakin ianya sedap.

zila norazila said...

zila x pernah buat..wahhh mesti sedapnya..zila mmg suka mkn cencaluk perah limau..uiitsss kecur kak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...