Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, March 24, 2012

Sup ayam

Assalamualaikum.
Lama benar dah rasanya tak menulis di sini. Sejak kebelakangan ni mood untuk menulis merudum teruk. Ditambah pula dengan kesibukan yang tak berkesudahan. Nak tunggu kesibukan reda, sampai bila pun tak reda-reda.

Untuk kali ini aku sajikan menu simpel yang tak lapuk dek zaman.  Sedap untuk dihirup-hirup ketika masih panas. 



Bahan:
Beberapa ketul ayam bahagian tulang dan potong kecil
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
1 tsp lada sulah *
1 tsp jintan manis *
1 tsp jintan putih *
penumis 4 sekawan
baby carrot
1/2 lobak putih
2 biji kentang dipotong wedges
4 biji cili api
2 tbs air perahan lemon



Tumbuk bahan yang bertanda*. Tumbuk.  Jangan blender.
Panaskan sedikit minyak extra virgin olive oil.  Kalau tak ada, guna minyak biasa.  Tumis bahan yang ditumbuk dan rempah penumis 4 sekawan sampai naik bau.
Masukkan ayam dan kacau sebentar.  Bubuh air secukupnya dan masukkan kentang.  Apabila kentang setengah empuk, masukkan pula carrot dan lobak putih.
Tambah garam, cili api dan perahan lemon.  Kalau suka, bubuhlah cube ayam seketul.



Selamat menjamu selera.


ibundo

9 comments:

Amie said...

Selamat pagi Ibundo,
sup ayam memang menu evergreen...tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

izahdaut said...

kak pah sihat ke.. tula.. kalau dilanda kesibukkan ni, mana yang sempat dihadap jela kan kak.. saya kalau sup ada jintan2 ni memng gemor,.. memang sedap dihirup ;-)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam dan Selamat Pagi...baru balik pasar memang cadang ari ni nak masak sup....tapi saya beli kepala ikan merah...lama tak makan...best tenguk sup ibunda

ibundo said...

amie,
selamat pagi. kat bangi ni ada satu kedai daging dia jual rempah sup homemaade. Kalau malas nak menumbuk rempah, lebur je rempah sup tu dalam air rebusan. Sedap..

ibundo said...

izah,
sihat orang tua. paham-paham je la. kejap sakit lutut. kejap sakit pinggang hahaha..

ibundo said...

paty's
salam dan selamat pagi. Wah.. sup kepala ikan.. best tu..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo,sup tu tengahari ni nak cicah dgn roti sedap gamoknya ya.

Gee® said...

Bundo, ada lagi ke sup ayam tu? nak datang makan malam ni laaa... heeee terlior...

Juwita Jamaludin said...

salam kak pah.. sup ayam kalau makan panas2 tak payah makan yang lain dah sedap.. anak2 pun suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...