Latheefa's Muslimah Collections

Monday, March 12, 2012

Asam Pedas Tempoyak

Semalam balik melaka.  Ada sedara buat kenduri kawin.  Orang melaka tak sah kalau tak ada asam pedas.  Macamlah orang nisemilan yang tak sah kalau tak ada lemak cili api. Tapi sedara aku yang buat kenduri tu tak ada pulak buat asam pedas.  Tertanya-tanya gak.

Haritu aku buat bawal asam pedas tempoyak.  Saja buat eksperimen apa rasanya kalau asam pedas ni dibubuh tempoyak.  Tak sangka pulak rasanya mengancam. Sesiapa yang ada simpanan tempoyak dalam peti ais tu, cubalah buat kalau nak tahu rasanya.



 Bahan asam pedas aku:
1 ekor bawal (bawal pun mak oi mahalnya)
2 sudu besar tempoyak
8 tangkai cili kering *
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
1 batang bunga kantan
1 batang serai dititik
beberapa helai daun limau
air asam jawa secukupnya



Blender bahan bertanda *. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender sehingga masak. Masukkan air asam dan bahan-bahan lain. Pastikan semua rasa seimbang.

Sekian.


ibundo

9 comments:

Gee® said...

mak aii...!!! tempoyak byk dlm esbok... ptg ni nk try la menggoda sungguh...neleh air lior weiiiyyhhh

ejaMaria said...

cantekkk... bole try nih... TQ Bundo...

ibundo said...

gee,maria,
try jangan tak try..

ummiaisyah said...

asam podeh tempoyak ni bila org perak kawen ngan org melaka ye bonda? hehehe

Mamasya said...

Aslmkum Bundo.apa kabar? lama tak singgah sini. wah lauk asam pedas...menyelerakan. mmg betul org Melaka kalau tak da lauk asam pedas tak sah..

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo... kami ada tempoyak dalam peti ais, nanti kami cuba...nampak sodappp!

quinnie said...

huhuhu..tak dek tempoyakkkkk..sedihnyaaa...tengok je la dulu..huhuhu

ibundo said...

ummiaisyah
haha.. gitulah gamaknya..

mamasya,
wkmsalam, kabar baik. Hari hari asam pedas pun takper

amie,
bolehlah tu

q,
adei..

Chah said...

ohhhh..sedap ye bundo? mmg ada tempoyak ni ha...tapi kan..haruslah 2 pot nasik tak cukup nanti ni..cmne tuh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...