Friday, March 16, 2012

Puding Soya Koktel

Salam hari jumaat.  Dah jumaat dah harini. Pejam celik pejam celik cuti sekolah pun dah nak habis.  Minggu depan hari rabu result spm pula keluar. Anak-anak yang ambil spm tu mungkin punya rasa yang pelbagai. Ada yang teruja, ada yang tenang, ada yang gemuruh. Tapi aku tengok anak aku relek je. Kita doakan sajalah anak-anak kita dapat yang terbaik. Usaha dah dibuat.

Berbalik pada puding ini.  Sedap juga rasanya.  Bibik aku siap tanya resepi. Dia kata nanti balik indon dia nak buat. Mana tahu nak bejual ke , katanya.  Haha.. ye lah tu.



Puding ni aku letak dalam bekas plastik ni sebab senang nak store dalam peti ais. Kalau nak makan, ambil je satu satu. Bila masukkan dalam bekas macam ni, anak aku sibuk tanya; mak ni buat bebanyak ni nak jual ke.  Ada ke orang nak beli?  Kalau ada, nak juga.



Bahan:
A
4 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
400 ml air soya
200 gm gula castor
100 ml susu cair
1 tin koktel buah-buahan

 B
2 sudu teh serbuk agar-agar
500 ml sirap dari koktel buah-buahan (ditambah air untuk mencukupkan 500ml)
1/2 sudu teh jeli segera perisa lemon ( apa-apa perisa pun boleh)
beberapa titik warna hijau


 
1. Masakkan serbuk agar-agar bersama air. Kemudian campurkan susu soya dan gula.  Masak sehingga gula larut.
2. Tambah susu cair dan gaul hingga sebati.
3. Tuangkan campuran susu soya ke dalam bekas kecil.  Biarkan separuh keras baru disusun buah koktel di atasnya.
4.  Masak kesemua bahan B. Tuang ke dalam bekas di sebelah atas buah koktel.
5.  Sejukkan.



Sekian.


ibundo


9 comments:

ummiaisyah said...

bestnya bonda..sy nk bli 3 bekas!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ibundo :)

Best nyer!!! Hawa pun nk beli hehehe

cikmanggis said...

bahan dah ada tapi..hmmm...lemahnya,penat btol..pospon dulu la..:)

Qasey Honey said...

asslm bundo...betuiii mgoda sya la puding soya ni...dh terasa2 kesedapan puding ni kt tekak...thnx yer resepi...teruja utk mcuba...

Chah said...

tanak beli, nak pri je..pelis!!

cahya indah said...

terasa nak makan puding sejuk2 pulak sekarang ni bila tengok puding Bundo

Cik Azz said...

Ya Allah, sodap ehh kakkkkk... Tengok gambar pun dah meleleh airliur ni haa...

Wattie said...

Salam Ibundo,
Bestnya puding tu, saya nak 2 pack boleh...

Ayu said...

assalamm bundo..
wah ada puding yang cantik kat sini..kita pun nak tumpang sikit boleh ke?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...