Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, March 10, 2012

kentang bilis krap krup

Dah breakfast? Pagi ni aku makan nasi lomak. Ala.. seciput je buat alas perut. Kalau makan nasi lemak ni aku kena bajet supaya tak overdose. Almaklumlah dalam usia macam ni.  Masak masak juga.  Makan kena makan.  Tapi kena jaga biar berpada-pada.

Goreng kentang bilis rangup ni sedap dimakan bersama nasi lemak.  Dengan nasi biasa pun sedap juga. Lagi sedap kalau masak belado.  Gorengan yang ini aku tak letak cili sebab nak cepat.  Itu pun masih laku sebab bila makan berderap derup gitu.


5 biji ubi kentang diparut halus
1 sudu kecil kapur
1 besen kecil air
sedikit garam
1 cawan ikan bilis kecil
minyak untuk menggoreng tenggelam


Gaul kapur ke dalam air di dalam besen.  Parut ubi kentang ke dalamnya. Biarkan sebentar dan cuci bersih. Taburkan sedikit garam.  Gaul rata.  Goreng tenggelam sedikit sedikit sehingga kekuningan. Angkat dan toskan di atas paper towel. Buat sehingga habis.
Goreng pula ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan toskan minyaknya.
Di dalam mangkuk berasingan, gaul kentang dan bilis yang telah digoreng.



Sedia untuk dimakan.
Selamat berhujung minggu dan selamat menghadapi kerenah anak-anak di cuti sekolah.

ibundo.

8 comments:

Miss Nurul Atikah said...

wahhh.. seriously sedap! i like!!!

Ena said...

dah terasa dah kak tekak ni.. krup krap krup krap nye tu.. tp kentang dah abis la pulak.. haihhhhh.. mintak sikit kakpah... heheh

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam bunda....sampai sini dengar bunti krap krupnya...buat banyak2 masuk balang bestkan....anak2 akak suka makan dengan nasi ni.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
Aduh!!! Mmg nampak sedap ler kentang bilis tu... Diana mmg suka sgt makan kentang ngan ikan bilis... Tp jarang sekali buat.. Biasa beli jer... :)

ummiaisyah said...

oh...tu la rasia ikan bilis rangup ye...nnti nk try...mekacih bonda!

Gee® said...

meratah pon sedap ni Bundo, kann....

quinnie said...

wahhh sempoinya..nak cuba lah..:)

mummy Ayda said...

wah sedap nye bunda, mummy nak cuba lah, boleh buat lauk bersahur nanti, TQ bunda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...