Thursday, March 8, 2012

Nasi tomato serai

Orang yang tak suka masak akan selalu berada dalam kerugian.  Rugi kerana tidak boleh bereksperimen dengan segala jenis bahan-bahan masakan yang beranika. Dan memasak ini juga tidak ada rules and regulations. Tambahlah apa pun.  Masukkanlah apa pun. Campaklah apa pun. Selagi cukup keseimbangan rasa, menjadilah dia.

Dulu.. dulu dulu, aku juga tidak suka masak. Bila emak ke dapur, aku buat-buat sibuk dengan buku. Bila masuk sekolah asrama, lagilah aku tak pegang pinggan mangkuk. Balik sesekali, aku tengok emak masak gitu gitu saja. Bila kahwin barulah menggelabah.

Untuk anak-anak perempuan di luar sana, rajin-rajinlah ke dapur bermain-main dengan air tangan.



Agak lama juga aku tidak membuat nasi spesial.  Nasi spesial ni istilah aku anak beranak.  Kalau aku masak nasi selain daripada nasi putih, kami namakan nasi spesial. Nasi spesial aku kali ni adalah nasi tomato serai.  Mula-mula nak masak nasi briyani tetapi rempah briyani pula tak ada.  Bila geledah loker, terjumpa dengan tomato puri. Ada pula lebihan santan cair untuk gulai ayam. Stok serai baru tambah petang semalam. So, campur itu, tambah ini jadilah nasi sepertimana yang ada ni.


Bahan:
5 cawan (cawan rice cooker) beras basmati
1/2 tin kecil tomato puri
3 sudu besar butter/majerin
2 biji bawang besar bersaiz kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai dipotong dua dan dititik
1 genggam kismis
1 cawan susu cair
3 cawan santan cair
air secukupnya
1 cube stok ayam
1 sudu kecil garam




Panaskan butter/majerin.  Tumis bawang merah,putih, halia dan rempah penumis.  Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan.  Masukkan tomato puri dan goreng sekejap.  Masukkan ke dalam rice cooker bersama beras yang telah dicuci.
Masukkan susu cair dan santan ke dalam beras.  Tambah air secukupnya.
Masukkan serai, garam dan cube stok ayam.
Apabila nasi hampir kering airnya, masukkan kismis.
Gaul perlahan-lahan apabila nasi telah masak supaya beras tidak patah.




Kami makan nasi ini dengan ayam kampung masak kari kurma.  Resepi lauk, lain kali. Kalau rajin, buatlah acar.



Selamat mencuba.


ibundo

8 comments:

cikmanggis said...

betul kakpah..memasak adalah seni yang subjektif tidak terikat dgn resepi terutama nasi dan lauk pauk...ejas sendiri dan seimbangkan rasanya pasti sedap.Insyallah...nasi kakpah ni nampak spesial..nnt boleh cuba:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam pagi Ibundo..
Hawa sokong 100 persen semua nyer utk kebaikkan & kesenangan kite jgk. Allhamdullilah :)

Nasi serai Ibundo nmpk menyelerakan pasti enak dimkn bersama apa jua jenis lauk...

Qasey Honey said...

mmg betul tu kak...sya pon sblm ni mmg xsuka nk mmasak...tp skrg ni bile dh cuba mjadi aje...lg btmbh semangatkan nk msuk ke dpr...

puas hati sgt2 bile mkn hasil airtangn sdri kan...

nsi tomato tu nmpk sedap la...nyum22

Gee® said...

Sedapnya nasi tomato serai Bundo... tumpang semangkok

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Time2 macam ni tenguk memang terasa lopar.....

Unknown said...

Assalamualaikum Ibundo..
Betul tu saya sokong.. biar tinggi mana pon kita belajar.. kita hendaklah tahu memasak.. air tangan dr isteri itulah pengikat kasih sayang dr seorang suami..

Masakan ibundo sungguh menyelerakan.. :)

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Ct mintak izin amik resipi ya, terliur sudah :)

Lago said...

kalau nak sediakan nasi tu, boleh guna best rice cooker malaysia brand apa ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...