Friday, April 27, 2012

Laksa Siam

Assalamualaikum buat anda yang datang menjengah. Sudah agak lama bundo menyepi. Banyak perkara yang berlaku membuatkan kesempatan untuk menulis tertangguh-tangguh. Kepada yang masih sudi datang ke sini diucapkan terima kasih.

Apa kabar semua?  Harap semuanya sehat.


Resepi bundo kali ini ialah laksa siam yang bundo buat petang tadi untuk makan malam. Kalau ada yang ingin merasa keenakannya, cuba-cubalah.  InsyaAllah tidak mengecewakan.


Bahan A.
2 bungkus mee kuning.  Boleh juga diganti dengan mihun kasar.
1 kilo ikan sardin, direbus dengan 1 liter air dan diambil isinya. Isi ikan diblender dengan air rebusan. Tulang ikan diblender halus dengan air rebusan juga dan ditapis. Campurkan tapisan air tulang dan isi ikan yang telah diblender.  Ketepikan.
3batang serai dititik
5 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai akar daun ketumbar
2 sudu besar sos ikan
5 keping asam gelugur
1 biji kelapa diambil santannya.

Bahan B (dikisar halus)
20 tangkai cili kering (boleh ditambah kalau mahu pedas)
1 sudu teh belacan
3 tangkai daun ketumbar.
4  labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6 biji buah keras


Cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
Masukkan ikan yang telah diblender. Masukkan lain-lain bahan A dan juga garam. Masak sehingga kuah agak pekat.

Hidangkan mee bersama bahan sampingan seperti taugeh, telur, timun, cili dan hirisan limau.


Mahu cuba?

ibundo

13 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo yang dirindui...
Memang lama benar Ibundo menyepi, harap sihat walafiat ye Ibundo.
Melihat deretan bahan yang digunakan untuk laksa siam ni, memang sudah dapat bayangkan betapa lazatnya menu Ibundo ini. Terasa-rasalah rangupnya taugeh tu, sebab Amie memang suka taugeh!Insya-Allah, senang-senang nanti nak cuba juga!

Amie said...
This comment has been removed by the author.
Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo...rindu..kita rempit malam2 ya.Kita tengah stress sebab sukan hari ahad ni.Kalau dapat makan laksa siam ni alangkah sedapnya...

Cik Azz said...

aiyoo ehh.. malam2 tengok gambar laksa.. huhuhu...

Unknown said...

baru lepas makan laksa pembeian kawan anak.. bila nampak laksa siam ni jadi teringin nk mkn lgi.. adoii,.. x puas puas makan laksa..

mimi said...

salam...
singgah dikala kenyang...sampai sini jadi lapo la pulak...
nice post...
mimi suka tu....
feberet lak...

kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya singgah Sedo.com- analisi park Domain

ibundo said...

Amie,
salam. Belum berapa sehat. Masih batuk-batuk ni.

Ros, alahai.. kita pun rindu kat ros. Nak sukan ye. Biasalah tension2 ni kalau deal dengan nak-anak hiii..

azz,
apo koba kau azz.

norlie,
ada kelainan sikit laksa ni. cuba lah.

mimi,
yelah.. nanti bundo singgah.

zila norazila said...

salam kenal kak
baru jumpa link blog akk nie..:)..sy follow akk yer..byk masakan menarik disini..sy link kt blog sy kgl yer..tq..:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ibundo!!!
miss u so much hehehe

tak blh tahan tgk laksa siam bundo... *sambil lap* hehehe

kalau digantikan ikan lain blh tak?
aduh tak tahan sungguh!!!

Gee® said...

Walawehhh... mengancam abih laksa siam bundo tu... kecorr dibuatnya...

ibundo said...

zila, salam kenal. tk kerana sudi ke mari. insyaallah akan ke sana jugak.

mamahawa,
salam. lama sungguh tak sembang kan? Boleh.. boleh guna ikan lain.

Gee,
lap.. jangan tak lap.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Ibundo... sejujurnya sha kecur dah ni.. sana sini masakan enak belaka... gambar cantik.. rasa enak... yang tak enaknya cuma dapat tengok.. kalaulah dapat sesuap.... sedapnya!

anymz said...

salam kak,iyolah kak dah lamo tak sembang2 kek sini,kacau2 akak..sehat ko tu?..ese sehat ni hah..makin sehat boto nih..en somi se kato nampak kombang boto tapi takpo lah kato ee..hehe

kak,apo lah akak baik hati bona buek se meleleh2 air liur ni kak oi...ese angkut resepi bawak balik yo kak yo...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...