Oleh sebab belum bersedia nak buat lauk, bundo simpan dalam peti ais. Pagi semalam pepagi lagi bundo dah keluarkan sebab rancangannya nak masak tengahari. So, bila tiba masa nak masak, bundo kupas tetapi betik tu masih muda benau. Isinya tawar hebeh (tahu tawar hebeh?). Jadinya, tergendalalah rancangan nak buat rendang betik sebab kalau nak buat gulai tu, kena guna betik yang mengkal.
Bibik cakap, takpe buk. Nanti saya goreng buat sayur.
So, betik goreng belacan ini adalah resepi bibik bundo. Dia cakap orang jawa tempat dia selalu buat masak ni. Rasa? boleh tahanlah.
Sebiji betik muda yang agak kecil saiznya, diparut kasar
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
10 ulas cili api * (boleh lebih atau kurang)
1 sudu besar udang kering *
1 sudu besar belacan
1 sudu besar sos tiram
Tumbuk dengan lesung bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang ditumbuk. Bila naik bau, masukkan belacan dan sos tiram. Gaul sebentar dan masukkan betik. Goreng sehingga betik masak.
Kalau nak cuba, cubalah.
ibundo
10 comments:
kak pah..ok yo nikan kalau sodap boleh cubo..hari tu saya gulai betik..ada sebijik lagi nak kupas putih ..lansung tak de kuning saya buang yo kak pah..kalau dah tau awal2 resepi ni boleh cubo.
rendang betik??? xpernah dgr.. betik goreng belacan lagiiii laaa jakun tun nengok nyer.. hihi... jarang2 tun dpt betik muda..
*hihi.. tawar hebeh.. lucu pulak bila eja.
Assalam Ibundo,
sedap nampak sayur betik tu... tiba2 nak ngences pulak.. hi hi hiii sebab teringat 'sambal goreng', iaitu nama resepi sayur betik yang biasa keluarga sebelah suami masak, dan biasanya sambal goreng ini terkenal dalam kenduri-kendara suku kaum mereka.
Assalammualaikum kak pah..menu betik ye..saya tak pernah masak bercili betik ni..kalau rebus tu pernah la..cicah lak ngan sambal belacan..fuhhh sedap tul...lamanya tak makan..teringin lak..huhuhu
salam kak pah....nmpk pun dah tau sedap...bak sepiring...hihihiih
Salam Ibundo!!! Miss u lah..lama hawa tak bw kat sini busy jer!!!
Byk resipi2 yg dh miss semua nyer nmpk sedap esp sambal buah kundang tuh. Mmg susah nk cari buah kundang yg fresh..
Ni resipi betik grg belacan pun hawa blm pernah jumpa atau mkn..mesti sedap kan3x
ado laie tak gek ea,nak sikit ha..nak buek ea maleh..kehekehkeh!!
erna,
betik mudo ni buek masak bening pun okay gak.
tun,
tak pernah dengar ye. Sedap tun. Tapi resepi rendang tu takde lah macam rendang ayam ke daging ke. lain sikit.
amie,
pada setengah orang, betik buat sayur ni biasa kan? Bundo teragak pulak makan ulam pucuk betik cicah sambal belacan.
Q,
dalam mamsakan ni macam2 yang pelik ada. Hehe esp kalau benda tu kita tak penah makan.
Liza,
da habis hehe
mamahawa,
kpah pun belum penah jumpa. kalau bibik tak buat, tak tau..
kaklong,
ooops.. dah habih.
Post a Comment