Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, December 18, 2011

Puding coklat

Salam pagi sabtu.  Lama betul tak masuk dapur. Masak.  Bukan tak masak.  Tapi yang dimasak tu terus di ngap takde mood langsung nak snap gambar atau letak resepi di sini.  Biasalah kan kita ni. Alangkan dalam setahun ada musim tengkujuh apatah lagi kita manusia ni kan. Mood kita ni tak menentu, ada pasang surut.

Sadisnya, dalam mood tak elok tu makan tetap makan. Mood nak makan tak pernah pulak surut-surut. Bundo ni lagi susah hati lagi banyak makan.. ish.. tak patut.

Puding ni puding hentam keromo. Masuk itu masuk ini, semua main campak-campak. Tapi bila dimakan sedap pula rasanya.  Mungkin sebab ada coklat.




Bahan:
1 bungkus (sederhana besar) agar-agar tali
1200 ml air
200 ml whipping cream
60 gm gula castor (tambah kalau suka manis)
80 gm coklat masakan (cairkan)
30 gm milo



Rebus agar-agar dengan gula sehingga larut.
Masukkan whipping cream.  Kacau dan padamkan api.
Bahagikan kepada tiga bahagian.  Satu bahagian dicampur dengan coklat masakan, satu bahagian dicampur milo dan satu bahagian lagi warna asal.
Masukkan bahagian bercoklat ke dalam bekas kesukaan.  Biarkan hampir keras. Cakar sedikit dengan garpu pada permukaan coklat dan tuang bahagian berwarna asal. Biarkan hampir keras dan cakar dengan garpu sebelum menuangkan campuran milo.



Makan dengan aiskrim satu scoop sedap ni.  Masa bundo ambil gambar ni aiskrim tak ada. Kalau tak pasti ada yang meleleh air liur.



Untuk menjawab soalan izahdaut, bundo sehat.  Bizi memang bizi. Kalaulah hidup ni boleh relek-relek dan goyang kaki je, alangkah sedapnnya. Orang yang goyang-goyang kaki duit masuk ni, tukang jahit je. Eh.. ada ke mesen jahit yang pakai goyang-goyang kaki sekarang ni...

ibundo

13 comments:

cikmanggis said...

pagi pagi tekak dah rasa nak telan puding ..sejuk..nyaman..sedapnya kak pah..ada kenduri tak nihari?

ibundo said...

cm,
harini takde kenduri tapi ada pertemuan bloggers betul2 kat simpang depan rumah kpah ni. Ingat nak pegi jenguk sekejap.

Acik Erna said...

kak pah..tak do dah kak pah..sumo main mesin letrik yo..he he

CT Delima said...

As'salam Bundo

singgah dipagi Ahad, ambil masa sekejap untuk jengah ni...hehehe

berselera betul ct tengok ni bundo, kalau dapat merasa lagilah bertambah sedap, cantik lapisnya sekata jer:)

Masih ada lagi mesin goyang kaki ni bundo, rumah arwah mak kat kg masih mengunakan nya. brand SINGER dah ikut umur abg ct 54 tahun. dijaga dengan sebaik2 mungkin :)

Liza said...

salam bundo...mmg nmpk menarik jer bhn2 buat puding ni...bundoltk whipping cream mst lg best puding ni kan....nnt nk try la....thnx yer bundo...

kzai said...

salam bundo
sedapnye npk puding berbelang2 ni..dh terasa kt tekak...

Nazrah said...

nampak macam aiskrim la bundo..

Sugar 'n' Spice said...

salam kenal2an kak bundoo....sedap tgk manisan nihh...dpt mkn lg ler sedap sambil goyang kaki....hihihihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

bundo kita lewat sampai .Tak apa ya.Memang nampak sedap la..nanti kita cuba juga ya.Kita ada agar2 tali tapi kalet merah dan hijau

ibundo said...

erna,
hehe.. skang ni mesen main tokan ngan kaki yo kan?

ct,
aruah mak kpah tinggalkan sebiji mesen jahit singer antik gak. Walaupun jahitan dah tak elok, tapi kalau imergensi boleh jugak pakai. Ct tengok tak dulu2 ada mesen jahit pusing dengan tangan?

ibundo said...

liza,
whipping cream dgn coklat tu menaiikkan rasa.

kzai,
hehe..

nazrah,
kalau letak aiskrim sedap naz.

sugar n spice,
salam kenal-kenal gak.

ros,
buat belang merah dan hijau hehe..

Sugar 'n' Spice said...

bundo...kire ni suku sakat ler niii...huahuahua...

CT Delima said...

As'salam Ibundo

mesin tangan pun ada juga terpandang masa kat rumah ustaz tempat ct mengaji quran zaman muda2. tapi tak reti nak mengunakan nya..macam kekok pun ada..hehehe

Tapi kan bundo rumah cik mat gebu dia ada simpan, koleksi lama katanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...