Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, December 11, 2011

Betik Goreng Belacan

Anak bujang bundo minta buatkan rendang betik. Orang nisemilan tahulah rendang betik ni. Orang negeri lain mungkin dengar pelik.  Masa pergi tesco haritu bundo beli sebiji betik yang masih hijau kulitnya.  Bukan apa, betik ni cepat masak.  Kalau beli siap yang dah mengkal, nanti tiba masa nak buat gulai, dia dah jadi betik masak.

Oleh sebab belum bersedia nak buat lauk, bundo simpan dalam peti ais.  Pagi semalam pepagi lagi bundo dah keluarkan sebab rancangannya nak masak tengahari. So, bila tiba masa nak masak, bundo kupas  tetapi betik tu masih muda benau. Isinya tawar hebeh (tahu tawar hebeh?). Jadinya, tergendalalah rancangan nak buat rendang betik sebab kalau nak buat gulai tu, kena guna betik yang mengkal.

Bibik cakap, takpe buk.  Nanti saya goreng buat sayur.
So, betik goreng belacan ini adalah resepi bibik bundo.  Dia cakap orang jawa tempat dia selalu buat masak ni.  Rasa? boleh tahanlah.


Sebiji betik muda yang agak kecil saiznya, diparut kasar
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
10 ulas cili api * (boleh lebih atau kurang)
1 sudu besar udang kering *
1 sudu besar belacan
1 sudu besar sos tiram

Tumbuk dengan lesung bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan yang ditumbuk.  Bila naik bau, masukkan belacan dan sos tiram.  Gaul sebentar dan masukkan betik. Goreng sehingga betik masak.


Kalau nak cuba, cubalah.


ibundo

10 comments:

Acik Erna said...

kak pah..ok yo nikan kalau sodap boleh cubo..hari tu saya gulai betik..ada sebijik lagi nak kupas putih ..lansung tak de kuning saya buang yo kak pah..kalau dah tau awal2 resepi ni boleh cubo.

tun_telani said...

rendang betik??? xpernah dgr.. betik goreng belacan lagiiii laaa jakun tun nengok nyer.. hihi... jarang2 tun dpt betik muda..
*hihi.. tawar hebeh.. lucu pulak bila eja.

Amie said...

Assalam Ibundo,
sedap nampak sayur betik tu... tiba2 nak ngences pulak.. hi hi hiii sebab teringat 'sambal goreng', iaitu nama resepi sayur betik yang biasa keluarga sebelah suami masak, dan biasanya sambal goreng ini terkenal dalam kenduri-kendara suku kaum mereka.

quinnie said...

Assalammualaikum kak pah..menu betik ye..saya tak pernah masak bercili betik ni..kalau rebus tu pernah la..cicah lak ngan sambal belacan..fuhhh sedap tul...lamanya tak makan..teringin lak..huhuhu

Liza said...

salam kak pah....nmpk pun dah tau sedap...bak sepiring...hihihiih

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ibundo!!! Miss u lah..lama hawa tak bw kat sini busy jer!!!
Byk resipi2 yg dh miss semua nyer nmpk sedap esp sambal buah kundang tuh. Mmg susah nk cari buah kundang yg fresh..

Ni resipi betik grg belacan pun hawa blm pernah jumpa atau mkn..mesti sedap kan3x

kaklong said...

ado laie tak gek ea,nak sikit ha..nak buek ea maleh..kehekehkeh!!

ibundo said...

erna,
betik mudo ni buek masak bening pun okay gak.

tun,
tak pernah dengar ye. Sedap tun. Tapi resepi rendang tu takde lah macam rendang ayam ke daging ke. lain sikit.

ibundo said...

amie,
pada setengah orang, betik buat sayur ni biasa kan? Bundo teragak pulak makan ulam pucuk betik cicah sambal belacan.

Q,
dalam mamsakan ni macam2 yang pelik ada. Hehe esp kalau benda tu kita tak penah makan.

Liza,
da habis hehe

ibundo said...

mamahawa,
kpah pun belum penah jumpa. kalau bibik tak buat, tak tau..

kaklong,
ooops.. dah habih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...