Latheefa's Muslimah Collections

Friday, December 30, 2011

AYAM MERINDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga anda semua sihat sebagaimana sihatnya bundo di sini. Rindu.. memang rindu. Rindu untuk masuk di dapur ini tapi apakan daya.  Terlalu  banyak tugas yang perlu dilaksanakan dan masa juga mengekang. Namun hati memang mengelintin untuk menulis sesuatu.

Tahun 2011 akan berlalu dan pasti kita akan merindui banyak perkara yang telah kita lalui. Doa kita semuga tahun yang akan datang ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Semuga segala cabaran yang kita hadapi sepanjang tahun ini menjadi satu pengalaman mahal yang boleh kita jadikan sebagai panduan.

Resepi kali ini? Bundo namakan ayam merindu (sila jangan muntah). Bundo gunakan ayam leftover.  Anak-anak tidak berapa gemar makan bahagian ayam yang berdaging. Bahagian yang tidak habis dimakan ini selalunya bundo akan jadikan satu hidangan lain.  Peliknya, anak-anak akan makan sampai habis.

Walau bagaimanapun, anda boleh saja gantikan dengan ayam yang fresh.


Bahan:
200 gm daging ayam di kisar halus (boleh guna ayam kisar ramli kalau malas nak kisar sendiri)
2 keping tahu dihancurkan halus
1 biji bawang besar bersaiz sederhana didadu halus
segenggam daun saderi dan daun bawang yang telah dihiris halus
1 sudu besar serbuk stok ayam knorr
1 sudu besar lada hitam ajishio
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
sedikit garam

bahan salut:
1 biji telur dikocok
1 cawan nestum  dikisar



Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.   Gaul rata. Bentukkan melonjong.
Susun di dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari kukusan dan panaskan sedikit minyak dalam kuali leper tidak melekat.
Golekkan satu persatu di dalam telur dan salutkan dengan nestum. Goreng sebentar sehingga kekuningan.




 Ank-anak bundo suka makan.  Tentunya anak-anak anda pun suka juga.

Sekian.  Selamat menyambut tahun baru 2012.






ibundo

11 comments:

Yat Maria said...

Salam K Pah..

jgn kata anak2...mak pak dia sekali akan suka, K Pah..budak2 sometimes cam tu kan kak...ada part tak suka makan...tapi kita tukar sket benda yg sama to new menu...dah rupa dia lain, dia orang makan sampai licin plak...

ibundo said...

Salam yat.
kpah dapat makan seketul je untuk rasa sedap ke tak haha.. yang lain anak-anak tibai habis.

Liza said...

perggghhhh...ni mmg ayam merindu ni, lepas mkn rasa rindu nk mkn lg....ekekekeke

Faiz said...

cam senang je kak..macam nk kena try jugak nih..

AZLITA AZIZ said...

ayam merindu...
ita pun rindu bonda juga.. >__<

Anna Qawina said...

wah nama..kelass..bundo rindu saya x? hihi

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam ibundo..belum sempat pudding strawberry tu...saya tenguk geram betul..ini dah keluar ayam merindu..yang mendayu...dayu...

izahdaut said...

kak pah. daging burger leh guna ke? sodap e nampak tu. teliur sey nengok kan

Amie said...

waduh Ibundo...tengok ayam merindu Bundo buatkan kami teringat2 pulak nanti!

Nieza said...

salam tahun baru dan salam rindu juga buat bundo..wahh sedap tgk ayam ngan sos tu..:)

Ayu said...

Assalam kak pah,
Happy new year to you & family ya..
sedap namapk menu kak pah ni..suka tengok recipe2 dari dapur akak ni..semuanya mengiurkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...