Latheefa's Muslimah Collections

Monday, December 5, 2011

Mee Rebus

Sebenarnya dah lama teragak nak makan mee rebus. Bila tengok chef wan buat mee rebus dalam astro 703 lagilah kehendak tu membuak-buak. Kebetulan semalam ada pasar tani di seksyen 8 belakang bangunan pkns. Bundo pergi cari daging tetel, keledek oren dan bahan-bahan lain.

Dulu di kawasan bangkok bank di kl ada satu restoren mamak yang buat mee rebus cukup kaw. Sampai sekarang bundo masih teringat-ingat akan kesedapannya.  Tapi restoren tu dah tak ada dan diganti dengan bangunan lain.




Bahan:
Mee kuning
1/2 kilo daging tetel
3 sudu besar rempah kari
1 bungkus sup bunjut
500 gm keledek bewarna oren
400 gm ubi kentang
1 liter air
1 sudu besar gula
100 gm udang kering*
10 tangkai cili kering*
4 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 cm lengkuas*
2 batang serai*
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
garam secukupnya




Bahan hias:
taugeh
cili hijau dan cili merah dihiris
4 keping tahu digoreng dan dipotong dadu
bawang goreng
5 biji telur direbus dan dibelah dua
beberapa tangkai sawi dipotong dan dicelur lembut




cara:
-blender halus bahan yang bertanda *
-rebus keledek dan ubi kentang sehingga empuk dan kisar hancur.  Ketepikan.
-panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.  Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing.  Masukkan rempah dan masak sehingga naik minyak.
-masukkan daging.  Gaul hingga sebati.  Masukkan pula air, garam, gula dan sup bunjut.  Rebus sehingga daging empuk.  Tambah air sekiranya perlu.
-apabila daging empuk, masukkan keledek dan kentang yang telah dikisar.
-masak sehingga kuah pekat.
 




Hidangkan dengan bahan hiasan.
Selamat makan.  Burp.... bundo dah kenyang.  Alhamdulillah.


ibundo

12 comments:

kaklong said...

kak,kalau kito taknak buh daging tetel tu buleh tak?buh daging biaso yo atau daging ayam?

ibundo said...

kaklong,
buleh. kalau daging biaso elok buh tulang sikit tigo ompek kotul. Ayam pun ambek yang betulang.

CT Delima said...

As'salam Ibundo


Ct belum kenyang lagi ni bundo..hihihi. A'ah ari Ahad chef wan ada masak mee rebus ni, Ibu mertua pun kata sedap, tapi menantu dia tak nak masak..hahaha.

nanti nak buat jugalah macam lama betul tak buat mee rebus ni, tapi daging tetel tak ada guna daging biasa jer lah :D

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

bundo hubby kita suka makan mee rebus tapi tak tahu kenapa kita tak pernah cuba buat.Nak tunggu sampai seru ni...teringin juga nak buat dah tengok ni.Simpan resepi dulu ya.Kita ambil semangkuk untuk laling kita makan, ok gitu????

Chah said...

Sedapnya mee rebus bundo! Part daging tetel tu mmg tbaekk la...kenyal2, n ada lelemak yg lagi cun !

Tijah said...

ni rasa eh cam mi rebus pilah ko mi rebus muar kak? ado mcm2 gak mi rebus ni kan...

Chik Mimi said...

sedapnya kak sy pun dah lama tak buat mengences habis dah ni hahaha

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo..
aduh!! mengoda betul ler tgk mee rebus tu ibundo... sukanya makan mee rebus... mmg sedaaap

ibundo said...

ct
haha.. menantu siapa lah tu ek. Takper..takper.. menantu boleh masakkan yang lain baik punya..

ibundo said...

ros,
nak tunggu sampai seru kena lama lagi nunggu tu haha..

chah,
kena rebus lama bagi empuk. kalau tak terselit kat celah gigi terkial-kial nak bagi keluar.

jah,
ontahlah jah. tak ponah makan mee rebus muar. tak dapek nak compare haha.

cik mimi,
kpah pun dah lama tak buat. masuk yang ni ada kot setengah kurun hiii..


diana,
diana ambek le ganti mee mamak yang bundo ambek dari diana tadi..

cikmanggis said...

sedapnya !sejak balik dari Penang Cm masih blom masuk dapur..badan sakit sakit,kaki pun sakit..semua sakit..nak tido je rasanya...nnt senang senang bila dah puas tido Cm nak masak me rsbus resepi kakpah ni:)...lapar nya...

ibundo said...

cm,
badan sakit2 tu nak kena urut lah tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...