Bundo yang menempekkan gambar di sini sendiri terliur bila mengingatkan kesedapan masak asam pedas style nyonya melaka ni. Tak tahulah anda semua.
Resepi gerang asam ini bundo ambil dari chef florence semasa dia menunjukkan cara-cara membuat gerang asam di masterchef malaysia. Chef florence masak gunakan ikan jenahak. Bak kata chef florence, bukan nak cakap bese (besar) tapi memang sedap!!!!
Rugi kalau tak cuba.
A
1 ekor ayam
B
Bahan blender
30 biji cili kering (bundo suka pedas)
5 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji buah keras
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar serbuk belacan (belacan biasa pun boleh kalau tak ada yang serbuk)
C
70 gram asam jawa + 1300 ml air
sehelai daun kunyit dicarik-carik
1 batang bunga kantan dibelah dua
beberapa helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
2 sudu besar serbuk ikan bilis
-Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Lamanya proses ini agak-agak 10 ke 15 minit. Pastikan bahan tumis benar-benar masak.
-Masukkan ayam dan gaul sehingga air ayam kering.
-Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam.
-Tambah sesudu gula kalau suka. Bundo tak bubuh.
-Masak sehingga kuah pekat.
Kalau tidak suka masak ayam, masaklah gunakan ikan. Ikan jenahak boleh, ikan merah boleh, ikan pari pun boleh. Ikan kembung rasanya kurang sesuai.
Makan dengan nasi panas masa tengahari panas. Boleh tumbang wa cakap...
12 comments:
terliornya Bundo....
Assalamualaikum ibundo..
mmg menyelerakan tgk asam pedas nie ibundo.. terliur tgk...
kak,kalau buek daging gerang asam pun sodap kak....
tengok pun dah terliur kak
salam Bundo, kita pun tengok rancangan tu.Chef Florence memamng hebat dan humblekan.Maskanya pun memang hebat.
gee,
bundo pun terliur ni bila ingatkan asam pedas ni
diana,
sedap resepi chef florence ni
kaklong,
iyo...
cikmimi,
memang yummy
ros,
tu lah.. bundo tengok dua kali nak pastikan resepi betul2 jangan ada yang tertinggal.
As'salam Ibundo
kecurrrrr...pagi2 dah tengok asam pedas. Ni yang nak masak asam pedas ikan pari jer ni..hihihi
merah lauk tu yang memikat tu Bundo :)
K Pah..
as usual kalo pi umah K Pah..nak kena sediakan tuala lap tangan...bukan lap tangan taw..tapi lap ayaq lioq..kihkihkih! kita pun takmo rugi arr..so harus kita carik waktu pi testing resepi ayam ni..
Assalam Ibundo,
tengok gambar pun dah terlioq..belum lg makan..
tengok makanan kat blog orang lain tak terliur macam ni, Bundo..
memang menyelerakan:)
ct,
apa lagi.. ikan pari pun sedapppp
yat,
weh.. akak kalau pegi rumah ko siap jilat skrin lagi tau...
iza,
salam. hihi..
cahya,
orang melaka mesti pandai masak asam pedas. cahya orang melaka kan..
nieza,
yummy..
Post a Comment