Salam buat semua. Terasa macam lama sangat tak masuk sini. Kebetulan bundo cukup cukuplah bizi dua tiga hari ini.
Masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kan? Bundo balik beraya di kampung. Kampung yang telah ditinggalkan sejak sekian lama. Nasib baiklah ada abang dan kakak ipar yang membantu menjaga dan membersikan rumah itu. Kalau tidak, pasti ia akan menerima nasib yang sama seperti rumah rumah lain yang ditinggalkan, dinaiki semak samun sehingga melitupi rumah. Sayang. Banyak memori yang berlegar-legar di situ.
Apabila bundo nyatakan hasrat untuk beraya di kampung pada abah, riak wajahnya menunjukkan rasa seronok. Maklumlah, sejak abah tinggal bersama bundo selama lima tahun ini, belum pernah lagi kami pulang beraya di kampung. Bukan tak pernah balik. Balik. Cuma beraya saja tidak. Ini kerana mengenangkan payahnya berondoh randah membawa semua barang dan peralatan memandangkan kebanyakan peralatan dapur sudah tidak ada lagi.
Balik kali ini abah gunakan peluang untuk berjumpa dengan sahabat dan kaum kerabat yang ada. Alhamdulillah... pagi raya kami di surau sama seperti dulu. Dan selepas solat kami ke pusara arwah mak yang telah pergi meninggalkan kami lima tahun dulu. Alfatihah.. Semuga mak tenang di sebelah sana.
Sebaik pulang dari solat sunat aidil adha, kami menerima berita yang kakngah anak bundo tengah sakit untuk melahirkan bayi keduanya. Rencana kami untuk pulang ke bandar baru bangi selepas solat jumaat terpaksa kami ubah. Dengan secepat kilat kami bersiap-siap dan berkemas-kemas. Bundo terus menuju ke hospital az-zahra manakala hasben bundo, abah dan anak lelaki terus ke masjid berhadapan hospital.
Alhamdulilllah cucu bundo Muhammad Hafizuddin Azani selamat dilahirkan sejurus sebelum berkumandangnya azan solat Jumaat. Asalnya nama yang dipilih oleh kakngah dan suaminya adalah Muhammad Hafizuddin. Azani adalah nama tambahan yang diberi abah. Abah dengan syahdunya telah mengazankan cicitnya sebaik saja mereka datang setelah selesai sembahyang jumaat. Maka abah kata, kalau belum ada nama, bagilah nama Azani.
Begitulah. Bundo bizi lah sekarang. Mana nak jaga kakngah. Mana nak jaga Azani yang agak kuat menangis. Mana nak menyiapkan projek menu yang telah bundo janjikan dengan sebuah majalah. Mana nak siapkan persiapan untuk konvokesyen kindy bundo pada 3 haribulan ni. Urgh!!!! tolong!!!
Jangan tak tau, karipap ni bundo telah siapkan sebelum raya haji lagi. Dah habis pun.
Nak buatnya senang saja. Malah ini adalah karipap malas untuk orang yang malas. Walau apa pun, resultnya amat mengancam.
Bahan:
Inti karipap
Roti pratha.
Cara:
Roti pratha di bahagi 4 bahagian.
Letak inti pada setiap bahagian dan lipat 3 segi.
Letak dalam dulang pembakar. Sapu dengan telur yang telah dikocok. Bakar sehingga kekuningan.
Bundo tak dapat nak tunjukkan cara melipatnya sebab tak ambil gambar. Bundo juga tak dapat nak letak link pada blog yang bundo ambil idea ni dulu sebab bundo dah tak ingat. Rasanya bundo ada buat posting pasal karipap ni tahun dulu. Kalau rajin cubalah cari ya...
Sekian. Semuga sihat dan ceria selalu.
ibundo
Monday, October 29, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Mee bayam creamy
Salam buat semua pengunjung tak kira sama ada meninggalkan jejak atau saja lalu lalang. Semuga semuanya berada dalam keadaan sihat, bertenaga dan terus mampu untuk menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga.
Phew!!! bundo baru saja habis menonton masterchef usa sampai peringkat final. Nak tunggu Astro, kena tonton minggu ke minggu. Tonton u tube kita boleh skip mana-mana yang malas nak tengok hehe. Seronoknya bila menonton siri masterchef ni kita bagaikan dapat satu semangat dan inspirasi untuk berpikir dan mencuba sesuatu di luar daripada kotak. Otak kita tidak terikat pada benda yang biasa-biasa kita rasa, kita lihat dan kita buat. Maka kita teroka sesuatu yang lain daripada kebiasaan.
Resepi yang bundo buat ini adalah resepi berani. Walaupun tidak tahu penerimaan orang yang memakannya, bundo buat juga berdasarkan pengamatan menonton rancangan masak-masak. Kemudian bundo buat plating macam kelas masterchef hehe. Bukan apa.. sedap mata memandang bila difotokan.
Bahan:
2 keping mee bayam
10 ekor udang
5 tangkai cendawan tiram
1/2 keping fish filet
1 sudu besar extra virgin olive oil
1/4 biji bawang besar didadu kecil
1 biji bawang putih dicincang halus
1 sudu besar butter
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1/2 biji lada benggala hijau
daun bawang dan celery dipotong untuk taburan
1/2 biji tomato
1/4 cawan cooking cream
1/2 sudu besar tepung jagung
500 ml air
Cara:
1. Mee bayam direndam daalam air panas sehingga lembut. Rendam sekejap saja. Tapis. Masukkan ke dalam mangkuk, tambah sos tiram, lada hitam dan olive oil. Ketepikan.
2. Bersihkan udang. Buang kulit dan belah belakang udang. Kulit udang dicuci bersih, masukkan ke dalam periuk, tambah air dan daun ketumbar. Jerang sehingga mendidih sehingga rasa bahan yang direbus keluar. Tapis dan ketepikan.
3. Cendawan dipotong kasar.
4. Filet ikan dipotong kasar.
5. Lada benggala dipotong memanjang. Tomato dibuang bijinya dan dipotong memanjang.
6. Ikan dan udang dibubuh sedikit garam dan lada hitam. Gaul.
7. Panaskan butter. Saute ikan dan udang sedikit-sedikit sehingga masak. Ketepikan.
8. Untuk kuah: Dengan menggunakan butter lebihan menggoreng ikan dan udang, goreng bawang sampai naik bau. Masukkan stok udang dan cream. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tambah garam dan serbuk ayam. Bila mendidih dan kuah pekat, masukkan pula cendawan. Padam api dan masukkan lada benggala.
9. Plating: Letak mee di atas pinggan. Sudukan sedikit kuah dan susun lada benggala dan juga tomato. Letak udang dan ikan di atasnya. Tabur dengan daun bawang dan seleri.
Nampak banyak kerja dan banyak step. Sebenarnya tidak sebab bundo tetapkan waktu untuk menyiapkannya. Maknanya, dapur semua kena pakai.
Sekian.

Monday, October 22, 2012
Tenggiri masak kari
Bundo baca petua shiela pasal masak kari ikan terus buatkan bundo teruja sungguh untuk mencuba. Bukan tak selalu masak kari ikan. Selalulah juga tapi ada beberapa petua shiela tu yang bundo tak pernah buat. So, Sabtu haritu bundo pergi cari ikan tenggiri untuk dibuat kari. Bahan lain ada. Cuma perlu ikan saja.
Dahlah terpaksa bercekak dengan budak jaga kaunter tu sebab dekat whiteboard tulis harga lain, bila punch kira harga lain. Tapi akhirnya beli jugaklah.
Sebenarnya apa yang shiela cakap tu bundo main ingat-ingat dalam otak saja. Semasa nak masak, malaslah pulak nak menyelinap masuk dapur shiela lagi. Maka, buat sajalah apa yang teringat.
Lawaknya semasa bundo siapkan rempah tumis. Bundo ambil biji sawi, halba dan jintan halus dan bila campur-campur semuanya anggaran satu sudu besar. Kemudian bundo basuh dan tapis dalam penapis teh. Kejap lepas tu bundo tengok biji sawi bundo mengembang macam jeli. Bundo terus ambil cermin mata nak tengok apasallah pulak biji sawi bundo jadi macam tu. heh heh.. rupanya yang bundo basuh itu biji selasih. Patutlah....
Bundo carilah biji sawi sebab seingat bundo memang ada bundo beli cuma entah mana letaknya. Nasib baik jumpa.
Okay, pasal beras yang digoreng tanpa minyak tu memang bundo tak pernah buat sebelum ini. Tak sabar betul bundo nak tengok resultnya.
Dengan mengikut sebahagian besar petua shiela, (Bundo terlupa nak campur cili kering, terlupa nak bancuh rempah dengan santan, tak pasti samada beras goreng yang dikisar itu dibancuh sama dengan rempah atau tidak. Bundo campur dengan rempah), maka terhasillah kari ikan bundo yang sangat mabeles. Sedap.. walaupun beberapa pantang larang terlanggar.
Dah tu cili hijau yang bundo ingat masih banyak dalam peti ais rupanya dah habis. Tak dapatlah nak bundo patah-patahkan masuk dalam kuah. Yang ada cuma bende yang bundo petik fresh dari belakang dapur.
Hasben makan bertambah-tambah. Anak-anak makan pun kata sedap. Lain kali pasti bundo buat lagi dan ikut betul-betul arahan. Mesti lagi sedap. Yang ini pun bundo hirup-hirup je kuah dia dan cicah dengan roti.
Terima kasih SHIELA.....

Saturday, October 20, 2012
Sotong goreng cincaluk
Salam hari Sabtu. Semuga ceria bersama keluarga.
Entah ke berapa kalilah agaknya bundo tayang resepi yang ada bubuh cencaluk.
Pertama sebab stok cencaluk sentiasa ada di rumah bundo. Setiap kali balik ke kampung hasben di melaka, kami tak akan lupa singgah di rnr ayer keroh untuk membeli cencaluk dan tak lupa juga belacan.
Kedua sebab cencaluk ini feveret keluarga. Buatlah sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, sambal budu ke, sambal cencaluk juga yang dipandang.
Kalau ada agenda makan-makan menjemput kawan atau saudara mara, hasben bundo akan beriya-iya menyuruh bundo sediakan sambal cencaluk sehinggakan ia menjadi satu dish yang mesti ada semasa majlis makan. Anehnya, hasben bundo yang orang melaka pure, tidak suka makan cencaluk walaupun dia suka tengok orang makan. Katanya bau cencaluk busuk. Haha ada ka!
Sotong goreng basah yang dibubuh cencaluk ini sedap terutamanya bagi mereka yang suka makan cencaluk.Err.. mungkin sedap pada tekak bundo saja dan tidak pada tekak orang lain. Kalau nak tau sedap ke tidak, marilah cuba. Jom tengok resepi.
Bahan yang bundo letak ini adalah untuk size keluarga bundo. Adjustlah.
1 kilo sotong dipotong ikut selera (bundo potong ring)
3 papan petai diambil isi dan dibelah dua. (Penting sangat dibelah dua tu untuk melihat kalau-kalau ada penunggu petai)
20 biji cili api dikisar halus
1/2 biji lemon diambil jusnya
4 sudu besar cencaluk
5 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 biji bawang sederhana besar didadu besar
2 biji cili merah dipotong pendek-pendek
2 tangkai daun bawang dipotong anggaran panjang 1 inci
1 biji tomato besar dibuang biji dan didadu besar
1 biji epal hijau didadu ikut selera (jangan kecil sangat dan jangan besar sangat)
1.Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili api. Gaul rata sehingga cili masak.
2. Masukkan cencaluk. Gaul. Masukkan epal hijau dan tambah sedikit air anggaran 4 sudu besar. Biarkan epal hampir empuk.
3. Masukkan sotong, petai, bawang dan jus lemon. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti airnya banyak keluar dan sotong akan menjadi keras.
4. Bila sotong masak, masukkan cili merah, tomato dan daun bawang. Padamkan api segera.

Friday, October 19, 2012
Nugget Ayam
Stok di peti ais memang dah banyak yang kurang. Nak pergi kedai, malas. Jadi, jalan short cut adalah membuat nasi goreng ala kadar. Belasah saja apa yang ada. Asal ada sambal sebagai side dish, dah cukup sangat.
Kelebek dalam freezer terjumpa pula daging ayam hancur satu peket besar. Tiba-tiba pula teragak nak buat nugget untuk dimakan bersama nasi goreng. Cari telur, ada 4 biji. Cukup.
Selalunya kalau nak makan nugget, kita beli saja yang dah siap. Senang. Mudah. Bundo pun belum pernah buat nugget sebelum ni. Inilah pertama kali dan resepi pun main hentam keromo mana pikir patut je. Alhamdulilah menjadi.
Kalau nak cuba, bundo sertakan resipi budo di sini:
800 gm ayam hancur Ramly
2 biji telur
5 sudu besar penuh tepung jagung
2 sudu besar daun parsley kering
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk stok ayam knorr
1 sudu kecil paprika (kalau tak mahu pedas tak payah bubuh)
1/2 biji bawang besar ditumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 sudu teh garam
untuk salut:
2 biji telur dikocok bersama sedikit air
tepung roti bewarna oren
1. Tumbuk bawang sehingga halus.
2. Gaul semua bahan sehingga sebati.
3. Panaskan pengukus. Sediakan pan membakar kek dan sapu dengan sedikit majerin.
4. Masukkan sebahagian adunan ke dalam pan. Jangan tebal sangat. Kukus sekejap lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan dan apabila agak sejuk terap dengan penerap biskut yang disukai.
6. Celup ke dalam telur yang telah dikocok dan gulingkan ke dalam serbuk roti. Goreng. Kalau tidak mahu menggoreng kesemuanya, boleh disimpan di dalam freezer.
Kalau rajin, buatlah banyak-banyak. Boleh buat bekal untuk anak-anak ke sekolah. Buat bekal untuk bapak anak pun boleh.
Cucu bundo masih di hospital. Pagi tadi buat test darah lagi. Pletlet count dah naik sikit tapi masih di bawah tidak normal. Doktor dah bagi ubat. Besok buat test darah lagi. Kesian. Dia yang tak tahu apa-apa macam biasa saja.

Thursday, October 18, 2012
Puteri Ayu bertukar baju
Salam hari khamis.
Semuga semua berada dalam keadaan ceria. Seceria puteri ayu yang telah bertukar baju warna hijau kepada yang bewarna warni..haha.
Nampaknya bahang pelangi masih belum reda.
Bahan kelapa
100 gm kelapa parut
secubit garam
1 sudu kecil tepung jagung.
Bahan
3 butir telur
125 gm gula
1/4 sudu teh garam
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
145 gm santan
1 sudu teh ovelet
1. Gaulkan bahan kelapa. Masukkan ke dalam cetakan puteri ayu. Ketepikan.
2. Pukul telur, garam dan gula hingga kembang. Tambah ovelet.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung beras dan di gaul rata.
5. Tambah santan.
6. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian. Warnai mengikut selera. Untuk bahagian hijau, tambah sedikit dengan pes pandan.
7. Tuang ke atas kelapa di dalam cetakan.
8. Kukus di atas api sedang lebih kurang 10 minit.
Abah bundo tanya, Ni kue apam ko?
Bundo jawab, tak bah. Puteri ayu.
Apo pulak lain bona ghoman e. Bukan e puteri ayu warno ijau ko.
Tu versi lamo bah. Yang ni setolah dilakukan penyelidikan, inilah gayo terkini (hahaha)
Abah bundo tak cakap banyak dah. Terus makan sambil angguk-angguk kepala.
Cucu bundo yang baru berumur 5 bulan semalam dimasukkan ke hospital pantai kerana masalah Idiopathic Thrombocytopenic Purpura. Tolong doakan cucu comel bundo ini sembuh sepenuhnya.

Tuesday, October 16, 2012
Siomay Ayam
Salam buat semua pengujung.
Dah baca majallah kitchen online keluaran Oktober? Pada yang belum baca, cubalah selak-selak. Mungkin anda terjumpa sesuatu yang menarik di situ.
Resepi bundo harini nak kata mudah tak juga. Kenalah keluar beberapa titik peluh baru siap. Tu belum campur peluh yang menitik semasa mengambil gambar.
Ha.. terus saja pada resipi ye. bundo tak pandai nak bercakap panjang. Daripada penat-penat luahkan perasaan tapi orang baca skip skip, baik bundo straight to the point.
Bahan:
Kulit wantan (di tesco ada jual)
300 gm dada ayam, cincang halus
100 gm udang, kupas dan cincang kasar
2 ulas bawang putih cincang halus
2 batang daun bawang hiris halus
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 1/2 teh garam
1/4 sudu teh lada putih serbuk
1 butir telur
50 ml air sejuk
3 sudu besar tepung jagung
Cara:
1. Campur ayam, udang, bawang putih, daun bawang, sos ikan, minyak bijan, garam dan lada putih. Aduk rata. Masukkan telur dan air sejuk. Gaul.
2. Tambah tepung jagung. Gaul.
3. Ambil selembar kulit, isi dan lipat sisinya. Sembur dengan air di sisinya.
4. Kukus di alas daun pisang yang disapu sedikit minyak lebih kurang 20 minit.
Bundo makan dengan sos cili je.

Subscribe to:
Posts (Atom)