Pada kebanyakan masa, kita suka ambil jalan mudah dan senang. Contohnya kalau mahu makan bebola daging, kita beli saja yang sudah siap dan senang didapati di pasaraya. Alasan kita memang banyak: nak cepat, senang, malas dan macam-macam. Tapi ada masa masanya kita ketepikan rasa malas dan kita buat sendiri. Selalunya kita pasti akan lebih berpuas hati.
Tak adalah sesusah mana pun nak buat bebola ni.
Kalau nak sedap, kita beli sendiri daging segar yang tidak berlemak dan kisar sendiri. Itu bagi mereka yang ada pengisar daging. Bagi yang tak ada, beli sajalah daging kisar yang tersedia ada. Cuma negatifnya, daging kisar yang sedia dijual itu banyak mengandungi lemak lemak yang kita tak nak.
Bundo bagi resepi bebola yang mudah.
200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu teh stok ayam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
garam secukup rasa
Gaul semua bahan hingga sebati.
Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, masukkan beberapa biji bebola ke dalam air. Masak sehingga bebola terapung.
Boleh juga kalau nak goreng. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
(Bundo goreng sehingga agak-agak kekuningan)
Untuk stew:
Bebola daging
1 tin sup tomato kimball
1 biji bawang besar didadu kasar
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 cube stok daging
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil celery kering
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Beberapa batang cili api (kalau suka)
3-4 cawan air ( air boleh ikut sukatan yang kita rasa sesuai)
(Banyak sayuran adalah mengikut selera sendiri)
Baby carrot
Tomato cherry
Celery
Capsicum merah dan hijau
Cendawan chitake
Panaskan minyak zaitun secukupnya.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Masukkan sup tomato dan air.
Masukkan cube daging, lada hitam, celery, oregano dan garam.
Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran dan bebola.
Pekatkan kuahnya dengan bancuhan tepung jagung.
Macam tu lah.
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu.
Salam dari
ibundo
5 comments:
salam kak..
wow, nampak sedap dan menyelerakan tengok stew daging tu..terliur ni..hihi..
Bbwana.. wkslm.
sedap ni bundo..kena dgn baguette bestnye..
Teringin nak buek bebola daging tu.. Tapi tahap kerajinan tak berapo nak rajin.. hehe..
sedapnya, boleh try nanti nih!
Post a Comment