Assalamualaikum buat semua. Apa kabar. Sudah sebulan lebih tidak menjenguk dan bertanya kabar. Hendak kata sibuk tidak juga. Lebih kepada kelesuan daya untuk menulis. Masak tetap masak tapi keinginan untuk mengambil gambar tidak ada. Begitu juga keinginan untuk membuka laptop. Semuanya malas.
Harap kemunculan harini dapat melepaskan rindu (ahaks).. Rindu bundo untuk menulis lah.
Masakan ni namanya saja yang gempak. Istimewanya takde mana pun. Tapi oleh sebab budak-budak kat rumah ni memang suka telur, makan bundo pelbagaikanlah cara masak telur.
Apa yang diperlukan untuk membuat mendaalah ni:
3 biji ubi kentang diparut halus
6 biji telur
carrot diparut halus
1 biji cili merah dicincang kecil
1 batang celery didadu kecil
sedikit garam
sedikit lada hitam
mozarella cheese
muffin baking pan
Sapu baking pan dengan sedikit majerin.
Ubi kentang yang telah diparut digaul dengan sedikit garam. Susun ubi kentang didalam lubang tray dengan cara menyusunnya supaya berupa seperti mangkuk.
Bakar sehingga masak dan garing. (bundo nak cepat dan kentang yang bundo masak tak cukup garing)
Bila masak, keluarkan dan bagi sejuk.
Pecahkan telur dalam setiap bakul ubi kentang.
Bubuh garam dan lada hitam.
Taburkan cili, carrot, celery dan cheese. Lagi banyak cheese lagi kaw.
Kemudian, masukkan semula ke dalam oven.
Bakar sehingga sempurna masak. Kalau suka kuning yang cair cair, tak payahlah masak lama-lama.
Boleh dimakan begitu saja dengan roti atau makan dengan nasi.
Sekian buat kali ini. kalau rajin kita jumpa esok. Kalau malas kita jumpalah bila-bila hehe.. Selamat menyambut ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.
Love you all.
ibundo
13 comments:
Aslmkm Ibundo..apa khabar? saya baik2 aje..kekeke..ni pon dah lama x sapu2 sawang ni..
mak aii..saya nampak amatle gempak ni..sila jemput saya lenkali kalau buat lagi..heeh
Iyelah Bundo... gee kalau bab nk menembak dan mengarang tu yg malasnya... kadang2 bila fikir2kan balik, berblogging ni mcm kerja wajib pulak... bila tak update mula lah rasa bersalah... padahal blog santai saje... cuma yg bagusnya dapat berkongsi maklumat dan resipi dan yg paling indah dpt mengeratkan silaturrahim sesama kita yg realitinya jauh di mata dekat di hati... kannnnnn
Anna q, wkslm. Nak kata sehat batuk berulang2 ni. Hehe yg gempak rupa je. Rasa biasa je.
Gee, tu lah pasal. Mcm dah jadi pkr wajib. Tapi sebenarnya yg seronok tetap ada terutamanya dpt kenal2 dgn ramai orang. Bundo suka sekali dpt kenal dgn gee.
Salam bundo,
nampak menyelerakan, nanti boleh mencubanya.
Masuk sini utk lepas rindu n telan air liur! Sungguh spesel bakul beserta iso bakul tu bundo....alaaa jgnla tunggu lama sgt...kita jumpa esok plak ye...eok taw!
salam kakpah.Minta maaf hari tu tak dapat datang masa kenduri kerana balik Kota Baharu ada kenduri.
Tangguh sehari ke sehari nak sapa kakpah kat Fb...sebenar nya segan dan kecewa sebab bertembung dengan kenduri kat rumah mak kt Kelantan.
Dah siap tempah baju nk pi kenduri rumah kakpah :).Insyallah harap lain kali ada rezeki nak jumpa kakpah...Kak Mariam Bahaman datang tak?
selamat berjumpa kat alam maya Ibundo, wah resepi yg lain dari biasa boleh copy resepi nnt, semoga Ibundo sihat dengan resepi2 baru yg terangkat
as salam ..sekali sekala saya kena try ni..
hazila, salam. Ala.. malu la jat zila.
Chah, tak sangka dikau nerinduu daku hihi.. esok ye chah.tengok la kok rajin ye.
Cm, ada 4 orng lagi anak kpah belum kawin. Panjng unur ada rezki insyaallah. Kak yam datang. Err.. nama cm jat sekolah dulu apa? Peanut ke..
Noor, menu simpel tapi anak suke
Wanie, salam..haha sila
kak pah,pagi tadi saya tgk tanya lah ustaz dia cakap pasal lebah...kalau batuk dia cakap makan propolis lebah..sori ya kak,lari dari tajuk tapi sedap makanan akak tu...
Ezza, kakpah tengah amalkan ambek propolis ni za. Banyak dah kughang batuk ni.
Assalamualaikum Bundo,
memang rasa sepi bila Bundo tak bersiaran... rindu dengan celoteh Bundo yang bersahaja, dan sudah tentunya ternanti-nanti masakan Bundo yang enak-enak belaka.
wkslm amie. Miss you too
Post a Comment