Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, June 27, 2013

Kek Mentega Oreo Strawberry

Mmm alahai. Tersilap masuk loyang. Jadilah kek yang bantut tak cukup ketinggian. Tapi apa ada pada rupa kan? Janji rasanya sedap mengancam.

Resepi asal bundo ambil dari e-book ita masam manis... kek mentega blueberry. Tapi bila sampai pada bundo, nama dah bertukar jadi kek mentega oreo strawberry.
Bundo ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur.  Menurut ita, kek ini rasanya sedap dan lembut. Setelah bundo ubah suai sana sini, rasa sedap tetap maintain.  Begitu juga kelembutannya.



Resepinya:
250 gm mentega
200 gm gula castor
4 biji telur
250 gm tepung gandum
5 gm serbuk penaik
50 ml santan kotak + 50 ml air (kacau sebati)
1 sudu kecil strawberry paste
50 gm biskut oreo yang telah dibuang cream ( kisar kasar)



Putar gula dan mentega hingga putih.
Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
Tepung diayak bersama serbuk penaik. Masukkan tepung berselang seli dengan santan.

Keluarkan 1/3 daripada adunan tersebut dan campur dengan strawberry paste.
Adunan selebihnya dikaup balik dengan biskut oreo.
Gunakan loyang berukuran 8". Letak adunan oreo terlebih dahulu diikuti dengan adunan berperisa strawberry. Bakar.




Kalau nak rasa, cubitlah sorang sikit.


ibundo

8 comments:

Amie said...

wah... hujungnya semua berberry ye Bundo... nanti sampai dapur Amie jadi rasberry pulak!

Shamsiah Abdul Rahman said...

Tumpang nengok jo la..

P/s;
Jaki tul la ngan oghang yg terra mem-baking ni.
Kut Sham.. buek sepah dapo jo la..

Bbwana adienia said...

salam kak..

wah, menariknya resepi kek ni..nampak mudah dan senang ja nak buatnya kan..yang penting nampak sedap.nyum2.

Gee® said...

Sayang nk cubit kek yg bantut tu, cubit tuan dia boleh...? hehehe...rajin sunggoh mak bundo ni...

ady said...

salam
wow!!!cantiknye..saya suka tgk kek yg berwarna warni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau dah kreatif.. dari resepi basic yg lain akan bertukar2 menjadi satu resepi yg lain tp yg pasti.. ianya pasti sedap..

FnF Simple Life said...

aduhai terliur tgk kek bundo dlm piring tu... plus nmpk menarik sgt bila di cmpr oreo dlm adunan...

Maaf sgt lama sy tak berblog... bz sgt baru balik from japan...acuan takoyaki yg Bundo kirim masih ada kat rumah sy (di msia)...huhuhu... macam mana sy nak pos ni?
Anyway, kalau Bundo dah beli yg lain inform ye...its ok...salah sy laa sbb simpan lama sgt brg tu...

cikmanggis said...

bahagian bawah tu yang paling sedap tu kak pah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...