Latheefa's Muslimah Collections

Monday, May 13, 2013

Nasgor

Ek ele... nasi goreng je pun.  Jadiklah.. Dalam masa sibuk cenggini, ini saja lah yang sempat bundo hidangkan.
Apa kabar semua.  Selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat harini.



Tidak ada apa istimewanya nasi goreng ini.
Hari sebelumnya bundo buat spageti dan sos spageti masih ada berbaki. Sayang kalau tak digunakan.
Jadi, bundo cuma potong beberapa batang sosej, belah beberapa biji chicken balls dan dadu sedikit capsicum merah kuning hijau untuk mendapatkan warna pada makanan. Untuk mendapatkan pedas bundo tumbuk 5 biji cili api.




Bundo tumis bawang putih, bawang merah dan cili api. Kemudian masukkan sosej dan chicken balls. Bila dah elok bergaul, bundo curahkan kuah spageti.  Masukkan capsicum dan nasi. Gaul je lah sampai rata dan nasi masak.




Rasanya? Jadilah nasi goreng bolognese hehe..
Sekian. Bundo nak kawenkan anak hujung minggu ni.  Sebab tu sibukkkkk sangat.
Rindu kat you all. Tak sempat nak  jenguk-jenguk dapur you all pun.


ibundo

10 comments:

Noor Yusoff said...

As salam...hehe saya dok fikir apa itu Nasgor ...glamer nama dia ye...rupa rupanya nasi goreng. Mesti sedap ada macam macam dlm nasi tu kena tunggu balance sos spaghetti la dulu.

Rohah said...

selamat beramal di bulan rejab kak..sedap ape dapat makan nasi goreng, hidangan yg mudah disediakan tapi cukup2 menambah selera..pebret saya..

Gee® said...

Oder nasgor 2 pinggan!!

Qhaifa Nur said...

kalau buat nasi goreng kena pelbagaikan...baru tak jemu kan ibundo...

AzeedA said...

Teman pon suke me-nasgor-kan kuah bolognaise hihi.. kira geng chef la ni!
Selamat mengahwinkan anak ye KakPah.. moge mejlis bjalan lanchor & dirahmati Allah, aminnnn..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Bundo.
Selamat dapek menantu.
Next year dapek lak cucu.
Insya'Allah panjang umur dapek lak cicit.
Aiyuwahhh.. Sham lak yg berangan lobih.

P/s;
Sham pun kalau masak nak "color" lobih. Baru feeling makan.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum kak..gud idea..takde yang membazirrrrrr... Alhamdulillah... rezekiiiii

lulus utami said...

assalamu'alaikum bundo, wah mantab benar nich resepnya.

ibh_sue said...

Ibundo masak apa pun, semua nampak sedap tau.

kakinakl.com said...

Assalammualaikum

Aduhai pandai betul ibundo bagi nama yang umphh pada masakan ibundo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...