Saturday, April 6, 2013

Rice Salad

Menghayati pagi yang indah. 
Cuaca nyaman. Unggas bercicipan terbang dan hinggap di dedahan. Bayu bertiup lembut menyapa daun yang melambai perlahan-lahan.
Perut juga sudah diisi. Sarapan apa pagi ini? Bundo masak roti jala. Dipagi buta bundo mencari pewarna hijau, terlupa yang botolnya sudah kosong dan dibuang semalam ketika membuat apam. Mencari lagi terjumpa pewarna kuning. Bila sudah dibancuh ke dalam adonan rupanya yang ku sangka kuning itu sebenarnya oren. Ah.. oren pun orenlah. Memang mata selalu menipu.  Bukan gitu?

Dinner semalam teragak membuat rice salad. Bagi yang menngamalkan diet, elok sangat-sangatlah makan rice salad ini. Tak payah makan lauk yang pelbagai.  Lauk pauk yang menggembirakan pakcik kolesterol dan makcik hipertensi boleh diketepikan. Err.. itupun kalau ada ketahanan jiwa dan raga.



Bahan ( untuk 1 atau 2 orang makan)

1 cawan nasi
1/2 batang timun jepun didadu kasar
4 biji baby tomato dibelah 2
2 kelopak daun salad dipotong kasar
daun bawang dan celery dipotong pendek
1/2 batang cili merah dihiris
1 sudu besar minyak zaitun xtra virgin
1 sudu besar mayonis
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
sedikit parutan kulit lemon

Cara:
- Masukkan minyak zaitun, mayonis ke dalam mangkuk.  Gaul dengan whisker.
- Tambah lada hitam, garam, jus lemon dan gaul rata.
- Masukkan parutan kulit lemon beserta timun, salad, daun bawang, celery, tomato, cili yang telah dipotong-potong.  Gaul rata.
- Masukkan nasi, gaul rata.



Sedap makan salad nasi dengan gaulan sayur yang rangup krapkrup krapkrup. Kok ada sambal belacan pun best gak ni.

Sekian.


ibundo

6 comments:

ibh_sue said...

Asslmkm Ibundo. . Idea yg bagus la. Sue suka sgt. Mmg mencari resepi yg ada unsur2 diet gitu. Heheee. . Maklum la kena diet utk jg kesihatan.

ibundo said...

ibh sue. Cubalah. Boleh varietykan salad dan nasi. kalau buat brown rice pun lagi okay.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

tak pernah makan salad dengan nasi, specialnya..

Acik Erna said...

mano nasi e kak pah..sayo yo he he

rahel said...

Teruja nak terai rice salad ni...tadi singgah kat dapur Kak Nooriah...nampak ada rojak gak...kecur berabis..

ibundo said...

sonia, cubalah

Erna, ha.. tu lah namo e diet. Nasi mosti sociput yo.

Rahel, bundo belum sempat menyinggah dalur nor lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...