Friday, April 5, 2013

Apam kembang setaman

Salam buat semua.
Harini terasa rajin pula hendak menghapdet. Apatah lagi bila menengok apam ni elok bebenau kejadiannya. Langsung berlari naik tangga ambil kamera. Ooops.. bukan berlari.  Lutut dah ada tanda penuaan.  Ankle pun macam dah terlebih uric asid. Tapi kang nak kata merangkak buruk sangat pulak bunyinya haha.

Cantik kan? Gebu je. Rasa pun sedap. Lain kali kena kurangkan gula 1/2 cawan, baru kena dengan lidah yang dah tak berapa suka benda manis-manis sangat ni.



Bundo tengok korang maintain je masukkan entry baru.  Bundo sibuk betullah sekarang ni.  Hari-hari terkejar-kejar ke sana ke mari. 14 April ni kindy bundo adakan sukan tahunan. Perut kembang kempus kembang kempus juga risau hari sukan bertembung dengan pilihan raya.  Semalam dah setel dengan mpkj insyaallah tarikh yang bundo ambil tu lepas. Banyak benda nak buat.  Banyak benda nak kena urus. Ada masanya rasa macam tak tertampung dek badan bundo ni.



 Apam ni dah pernah bundo letak resepi dulu.  Agak lama jugak dulu tu. Bundo letak balik di sini.  Kalau ada sesiapa nak cuba, silakan.

2 biji telur
2 cawan gula (kalau tak mahu manis, letak 1 1/4 cawan saja)
3 cawan tepung
1 sudu kecil ovelet
1 1/2 cawan air aiskrim soda / sprite
1 sudu kecil esen vanila




 Cara:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan ovelet dan esen vanila, putar lagi.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. Kacau rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.  Rehatkan selama setengah jam.
5. Sementara itu, panaskan kukusan.
6. Sudukan adonan ke dalam mangkuk kertas dan kukus sehingga masak.





Sekian.  Itu saja kali ni.  Tak tahulah bila boleh jumpa lagi.


ibundo


14 comments:

Chah said...

assalam bundo,


err apam tu cantik macam ai, kembang macam bundo..sekian...:)

ibundo said...

chah.. tersembur air yang aku minum..

Marsita Yahya said...

ish Chah tak baik tau....tapi mmg kan hi hi hi....lariiiiii.

Azlita Aziz said...

waaa... mekarnya..
chop dulu resepi nanti senang boleh cuba ^___^

Unknown said...

gebunya apam sangat comel :)

cikmanggis said...

cantiknya dia tersenyum...nanti nak cuba buat macam kakpah ni guna cup muffin.Cantik :)

Unknown said...

Alahhhhh..
Merajuk lah nak buek apam ni laei..
x ponah yg menjadi eh..
Tgn x bodung agak eh maso kocik dedulu..
Buek somak dapo jo..

Acik Erna said...

cantik apam kak pah..sonyum sumo e

adda syuhada said...

Adda pun pagi td wat apam..tp xmo mekar langsung..huuhuhuh...Adda suka sangat makan apam ni..sedap sunggoh kan..

INA said...

Salam bundo..jelesnya tgk..saya buat selalu x jadi..hihihii

Cik Azz said...

Dah lamo boto sey tak buek apam ni kak.. Ghaso nak buek balik lak haa...

Kok buek nanti, nak cubo resepi akak la pulak.. Boleh kan.. ?

ibundo said...

Marsita, bundo dah sakit lutut nak ngejar haha

Ita, ala.. malunya.

Azmatun, cubalah. senang je.

cm, bila nak terserempak dengan cm lagi ni. Dah tak ke warta lagi ke.

Sham, dulu bundo ni merungut2 jugak apam tak jadi. Tapi tak penat mencuba. Lama2 jadi gak.

ibundo said...

erna, macam kpah yang goma sonyum ni kan? kehkeh

adda, tak mekar tu mungkin kukusan tak cukup panas atau terlalu banyak sangat apam yang dimasukan dalam kukusan.

Ina, cuba lagi.

Azz, cubolah. sonang yo resepi ni.

Unknown said...

penampilan kue - kue nya sangat menarik dan keliatannya sangat enak . jadi pengen nyoba !!

http://bit.ly/210LBmH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...