Latheefa's Muslimah Collections

Monday, April 8, 2013

Ayam kicap berempah

Salam buat semua.
Satu entry yang ringkas sebab nak kena selesaikan banyak perkara.



Bahan:
1 ekor ayam
1 inci lengkuas (lebih kurang) diketuk
1 inci halia diketuk
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut dibuang tulang
10 ulas bawang merah ditumbuk pecah-pecah kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk pecah-pecah kasar
1 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kicap masin cap kipas
1 cawan air (boleh tambah kalau tak cukup)
1 sudu besar jus lemon



1. Ayam dibersihkan, dilumur sedikit garam dan kunyit dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia sehingga wangi. Masukkan pes cili dan goreng sehingga cili masak,
3. Masukkan pula rempah briyani dan serai.  Goreng sehingga masak.
4. Tambah air, kicap dan masukkan ayam.
5. Masukkan daun limau purut, jus lemon dan garam secukupnya.
6. Masak sehingga kuah agak pekat.

Silalah....


ibundo

10 comments:

zana fahmi said...

Assalam Bundo, sibuk ye? sempat juga masak2 walaupun masa terhad.
Mesti sedap masak ayam mcm ni, zana ni kalau boleh hari2 nak ayam tapi anak bujang zana suka daging pula.

Rohah said...
This comment has been removed by the author.
Rohah said...

kuah yg berselaput kat ayam tu yg enak bila kena pada nasi...tambah berselera

Azmatun Ismail said...

A salam bundo, ayam kicap tu tak nampak hitam saya suka sbb klu hitam pekat kurang selera :)

Gee® said...

Lapar la Bundo tgk ayam kicap tu... harus buat nih...

Amie said...

Walaupun ringkas tapi tetap menggamit selera....

ibh_sue said...

Asslmkm Ibundo.
Sedapnya...Simple ja resepinya...Resepi simple2 ni mmg sesuai la dgn sue. Hehehe

Nooriah Abdullah said...

saalam Bundo kabare!! lama tak kesini Bundo jugak lama tak muncul biasalah sibuk2 para ibu2 ni kan sampai tenghamalam pun kerja belum habissss

Shiela said...

Nengok pun dah tau sodap ni bundo.. Bilo nak ajak den makan.. Hehehh.. Ngado kann.. :)

cikmanggis said...

belum pernah cuba masak kicap guna rempah beriani.Nnt boleh try..psttt sukan kita dah kensel ke kak pah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...