Thursday, April 25, 2013

Ayam Tambatan Hati

Salam pagi khamis. Banyak benda nak buat harini. Siapa yang tak bizi kan? Semua orang terkejar-kejar berlumba dengan masa yang berjalan tak menoleh ke belakang. Kita je yang berjalan selalu tertoleh-toleh hmmm..
Ahad ni sukan tahunan kindy bundo yang tertangguh sebab spr batalkan tempahan stadium tempohari akan berlangsung. Kali ni dibuat di stadium ukm.  Alhamdulillah..
Rumah bundo ni dah penuh dengan hadiah. Ramai parents yang bermurah hati membuat sumbangan wang dan hadiah untuk cabutan bertuah. Hadiah amat lumayan.
Pertengahan May pula satu lagi main family event akan berlangsung. Bizi bizi bizi.. tapi sempat jugalah masak-masak.

Resepi kali ni? Jom layannnn....


Bahan:
1 ekor ayam
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 sudu kecil serbuk lada sulah
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar jus lemon

Cara:
1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam.  Goreng 3/4 masak.  Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah agak pekat.



Sekian.  Semuga hari anda ceria hari ini dan juga hari-hari seterusnya.


ibundo

11 comments:

Mas said...

ala2 rendang nmpk ayam tu kak...
menyelerakan...

Unknown said...

Assalammualaikum Bundo, zana pasti cuba semua masakan bundo, nampak sedap tu.

Unknown said...

wah bundo...nampak best jugak..leh try ni..

ibundo said...

Mas, haah.. ala ala rendang cuma tk pakai santan

zana, cubalah zana

zila, boleh...

Rohah said...

Compem sedap..hujung minggu ni pun si kecik sy tu bersukan

ibundo said...

rohah.. mestilah malam sebelum sukan tu dia tak tenang tidur.

Gee® said...

Sedap ayam Bundo tu...sesuai cicah roti ke pulut ke, kan?

Unknown said...

assalamuaikum bundo walaupun tak dpt rasa masakan bundo saya pasti dan yakin sangat sedap sebab bahan2 yg bundo gunakan tu macam2 taruk:)

miss yatie said...

memang menambat hati bunda..sedap

Chah said...

Bizi2 pun sompek aje masak ayam. Pastu ai nampak resepi bundo enteprem dlm majalah midi bln ni...hehe kebetulan tgh selak kt kedai.....tahniah....anyway ai sempatlah snap gmbor dr mag tu maklum la ai blm midi so x 'layak' lg beli mag midi tu...huiiii!!!

ibundo said...

gee, mmm pulut ok

azma, jom makan

ky, namanya pun tambatan haha

chah, hoho lum midi ek. aku ni dah maxi..pun dah tak layak masuk midi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...