Salam buat semua. Apa kabar. Harap semuanya baik-baik dan sehat belaka. Bundo? Alhamdulillah. Setelah agak lama mendiamkan diri, hari ini bundo hidangkan 'pumpkin in coconut milk' cakap omputih tapi cakap kita 'pengat labooo'.
Resepi ni bundo ambil dari buku 'thai dessert' yang bundo beli di plaza MBK bangkok baru-baru ni. Kebanyakan dessert thai ni lebih kurang sama dengan dessert kita jugak. Kalau ada beza pun sikit sikit je.
Bahan:
Labu ( 1/4 labu)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula (secukup rasa)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1 sudu kecil kapur dicampur dengan 3 cawan air
Cara:
-Labu yang telah dipotong-potong direndam dalam air kapur dalam 1/2 jam. Gunanya supaya labu itu rangup dan tidak lembik bila direbus.
-Labu direbus sehingga empuk, toskan airnya dan ketepikan.
-Santan cair dimasak bersama daun pandan yang dikoyak-koyak dan disimpul, gula dan garam sehingga mendidih dan gula larut.
-Masukkan santan pekat.
-Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan labu yang telah direbus tadi.
-Tidak perlu masak lama sebab labu telah empuk.
Semasa bundo ke Wang Pho tercari-cari makanan halal, bundo terjumpa makanan ini (gambar bawah) di gerai kepunyaan thai muslim. Dia bagitau namanya dalam bahasa thai tapi bundo tak ingat apa dia
Yang bundo ingat dia cakap roti coconut.
Ada sesiapa yang tau?
Kulitnya macam roti canai, kemudian dibubuh inti kelapa muda yang digaul dengan telur. Bila masak, dipotong-potong dan dicurahkan dengan susu dan ditabur gula. Sedap.....
ibundo
9 comments:
Waaa...ada labu juga di sini... sedapnya pengat labu Bundo tu...nk ckit!
Assalamualaikum bundo patutla bila saya buat pengat, labu jadi lembik rupanya kena rendam dgn air kapur dulu yer
sedapnyer pengat labu! tun biasa masak labu dlm santan sekali harung je..
menarik makann thailand tu.. masa tun gi bangkok dulu xjumpa pulak.
Sedap pengat tu..lama dh x buat..:-)
Gee, silakan
Azma, bundo pun baru tau bila tengok resepj ni
Tun, haah selalunya mcm tu. Ni nsk dapatkan warna santan tu betul2 putih tu yg rebus asing2.
suri, lama tak buat tu yg kena buat..
Dapat satu cawan pun jadi la..
woi sedap nie..bubur labu...
tq bundo..baru tau rendam air kapur ye..patut zila buat lembik gitu..sedap nampak tu bundo..
Post a Comment