Selepas selesai tujuan, anak-anak mengajak beli iceblended di coolblog. Bila tiba time nak bayar budak yang di kaunter tu tanya ' bayar sekali ke'.
Bundo jawab, 'ye lah dik. Takkan nak bayar dua kali pulak'. Bundo tengok budak tu macam jeling-jeling je haha.. Agaknya dalam hati mesti dia cakap, apalah makcik ni buat loyar buruk pulak.
Sebenarnya nak cerita pasal nasi tapi melalut ke lain pulak.
Haritu bundo buat nasi ayam. Ada lebihan air rebusan ayam dan bundo simpan dalam freezer. Setelah berpikir dan berpikir nak buat apa dengan air rebusan ayam tu, akhirnya terciptalah nasi kasih ibundo. Wargh... sila jangan termuntah tengok nama nasi ni.
Sepatutnya bundo gunakan beras basmathi tapi sebab tak ada stok, bundo guna beras wangi.
Bahan:
7 cawan beras wangi (sila guna beras basmathi)
1 ekor ayam dipotong ikut suka
10 cawan air rebusan ayam (atau boleh ukur sendiri ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 tin kecil tomato puree
3 sudu besar yogurt perisa asli
2 sudu besar serbuk stok ayam knorr
1 sudu kecil parsley kering
satu pokok daun ketumbar
1 botol jus apple kanak-kanak ( atau pun 1 cawan jus apple perisa asli)
1/2 cawan kismis
3 sudu besar butter / majerin
ni rupa apple jus yang bundo guna.
cara:
-Panaskan butter atau majerin di kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah penumis sehingga naik bau.
-Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
-Tambah jus apple, yogurt, tomato puree, stok ayam knorr, parsley, daun ketumbar dan kismis. Tambah sedikit garam dan masak sehingga ayam 3/4 masak.
-Padamkan api dan keluarkan ayam (ayam sahaja. Kuahnya tinggalkan dalam kuali) dan letakkan di atas baking tray. Bakar ayam sehingga masak.
-Nyalakan semula api pada kuali tadi. Masukkan beras ke dalam sos ayam yang ada dalam kuali. Gaul rata beras sehingga sebati dengan sos.
-Kemudian pindahkan beras ke dalan rice cooker dan masukkan air rebusan ayam secukupnya. Rasakan garam dan bubuh setangkai daun ketumbar lagi kalau suka.
- Apabila nasi kering, susun ayam yang telah dibakar tadi di atasnya dan curahkan juga air ayam yang ada di dalam tray ke atas ayam.
hmmm... yummy yummy. Nasi bundo ni nampak tak cantik sebab guna beras wangi. Kalau beras basmathi mesti kelihatan panjang dan menarik. Anyway, cubalah. Berbaloi.
Nota:
Nak buat air rebusan ayam kalau tak ada, rebus jelah tulang-tulang ayam, leher ayam, kaki ayam.... Untuk menaikkan rasa.
Jus apple tu kalau tak jumpa, blend je apple hijau sebiji dengan air secawan.
Sekian.
ibundo
18 comments:
Salam bonda...
lapar perut ita bila sampai sini..
tergoda sangat dgn nasi ni..
tapi nak kena pergi cari apple jus tu dulu.. lain2 bahan dah ada..
ada kesempatan nanti boleh ita cuba ye bonda..
lom bekpes laie ha,lapar lah pulak tengok nasi kasih ibundo nih...huhuhu!
nak simpan resipi ni kak pah..bebilo ado maso nanti nak buek ni.
As'salam Ibundo
Selalunya idea ni akan datang sepotan jer kan bundo. yang tak dirancang ni selalunya memang sedap. Tapi apa salahnya ubah nama, okeylah nama Nasi Kasih ibundo tu sesuai dengan citarasa air tangan bundo sendiri kan ..hehehe
Insya'Allah kalau ada kesempatan dan idea dah kering bolehlah cuba ya bundo :)
salam bundo...ada lg tak nasi kasih bundo tu? terliuq la pg2 ni, ingat nk buat bekpes...hihihhi
Liza suka masuk dapur bundo ni, mcm2 resepi adaaaaaa.....hihhihi
kak pah...terasa kasih sayang kakpah lepas makan nasi ni..hehehhe..sedapnya..saya suka nasi2 bertumis ni..:)
wah kak pah nampak menarik ler mmg terliuq dah ni
Hmmmmmmm....
Hmmmmmmm....
Hmmm....
Waduh kakPah...
nak tumpang kasih Bundo juak...
Aslmkum Bundo.
nasi kasih ibundo....nampak menarik resepinya...mkn dgn ayam bakar ....pasti sedap...
salam pagi selasa kepada semua...
terima kasih kerana sudi melihat2 resepi nasi kasih ibundo. Selalunya masakan yang dimasak dengan penuh rasa kasih dan rasa sayang, pasti akan menjadi hebat..
salam.
Assalamualaikum bundo..saya peminat setia blog bundo ni tapi secara senyap laa...tak berapa pandai memasak pon. Nak tanya la pada bundo cemane nak bakar ayam atau ikan dalam oven tu sebab kalau saya buat pasti banyak air dia tak kering...kering kat atas je dah bawah bertakung air yg keluar dari ayam atau ikan tu...kene bakar atas grill aje ke cemane ye bundo..saya selalu bakar dalam bekas je atau mangkuk leper je sbb takut grill oven tu kotor.
terima kasih
ya Allah bundo..trliur2 tengok resepi sedap2 kat blog bundo ni.
kena try satu demi satu ni.hehe
salam singgah salam ukhwah :)
lapar pulak tgk gmbar tuh......hehe
Chevy, salam. Maaflah lambat reply sebab bundo bizi sangattt..
kalau taknak air betakung di bawah ayam yang kita bakar tu, letak jaring besi atas baking pan dan letak ayam atas jaring tu. Nanti air yang menitis tu tak kena pada ayam.
greenjade,
salam ukhuwah. Terima kasih sebab singgah.
laicikang ais,
tengok nama ni buat bundo imagin rasa laicikang yang ummpph..
hassan
salam.
Salam Ibundo,
Nasi kalau dibuat dengan sepenuh kasih dah sayang, maka jadila Nasi Kasih Ibundo kan. Sedap sangat nampak hasilannya, nak sepinggan boleh.
Puding kat bawah tu pun bukan main cantik lagi......kita kat sini dah terliur dah ni
ooo akak ado hari tu yo..kak erna ado inform se kak tapi syg tak dpt poi..ado wedding di KL dgn putrajaya..nak poi dah lotih bona..
ini pun lotih lai ni..angkut resepi yo lah nampak ee kak..maceh yo..
Post a Comment