Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, March 23, 2013

Jantung Pisang sijantung hati

Bibik bundo pelik bila tengok bundo bawak balik jantung pisang.
Dia tanya buat apa dengan mendaalah tu. Bila bundo cakap untuk buat lauk, lagilah dia pelik sebab di kampung dia jantung pisang tu dicampak je bagi kerbau makan.

Bibik bundo yang dulu dulu yang datang dari semarang pelik bila bundo masak pucuk paku. Dia kata pucuk paku banyak tumbuh di sawah kat kampung dia tapi tak pernah dibuat lauk. Yang makan pucuk paku, kambing.

Mula-mula memang diorang tak makan walaupung dah terhidang depan mata. Biasalah dengan benda-benda yang dianggap pelik ni.  Tekak mengembang tak mau nak menelan. Tapi lama-lama dibelasah juga. Hah.. tau kau sedap.

Orang selalunya jantung pisang ni dibuat kerabu. Sedap kerabu jantung pisang ni. Dapat maakan tengahari lagilah sedap. Tapi bundo semalam masak dengan tempe. Uish.. sedap jugak.




1 biji jantung pisang
1/2 bungkus tempe (dalam plastik)
10 biji cili api
1/2 genggam ikan bilis
1 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
6 ulas bawang merah ditumbuk kasar
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak-koyak
200 gm santan siap
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk stok ikan bilis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
garam secukupnya




- Jantung pisang dibelah dua dan direbus sehingga empuk. Bubuh sedikit garam dalam air rebusan.
- Jantung pisang yang telah direbus ditoskan dan dipotong pendek anggaran satu inci pendeknya.
- Tempe dipotong dadu besar.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kuah agak pekat.
- Siap.



Sesekali makan masakan kampung ni "monciyeh" peluh dibuatnya. Monciyeh tu vocab orang nisemilan kehkeh...


ibundo

8 comments:

ady said...

as-salam
wahh!!!pagi2 dah ada jantung pisang si jantung hati kat sini..mmg beselera pagi2 tgk si jantung hati ni kak...

zila norazila said...

salam bundo..ppgai dtg sini tgok jntung pisang nie alahaii sedapnye..pagi nie zila beli rebung jew nk buat lomak cili api..

Marsita yahya said...

salam bundo....sodap e lak aiiii...

rahel said...

Salam Bundo...tunggu skejap yea...i nak singgah la...hehe

adda syuhada said...

sedapnya jantung pisang ni..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Bundo..
Osah ehhh.. menciyeh poluh dek eh.
Tu ari Sham buek cicah jantung pisang ngan kuah asam.. Amsyar buleh pulak panggil jantung hati.. mmg out la vocab bebudak ni.

azieazah said...

Mak aiii... memang menciyeh sungguh nih. Bukan puloh yo, air lior sekali. hehehe!

Rohah said...

sedap ni kak...pebret hubby ku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...